Connect with us

Artis / Selebriti

” Sweetnya kisah perkenalan Farha dengan suami ni. Bila Allah dah ketuk pintu hati kan. Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

Video majlis resepsi Farhatul Fairuzah dan Ustaz Ilham Amri yang penuh dengan pengisian. Tenangnya majlis disajikan dengan alunan suara membaca Al-Quran. Ustaz Ilham kongsi kisah perkenalan hingga terdetik hendak nikah dengan Farhatul. Kuat betul jodoh..

Rata-rata wargamaya dikejutkan dengan berita pernikahan bekas johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah semalam. Tanpa sebarang perkhabaran awal, Farhatul akhirnya sah diijab qabulkan dengan seorang mutawif, Ustaz Ilham Amri.

Meninjau entry di akaun Tiktok Nona.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan majlis resepsi pasangan pengantin baru ini. Farhatul dan Ustaz Ilham memilih untuk mengenakan busana pengantin berwarna biru lembut untuk majlis resepsi mereka ini.

Majlis ini diisikan dengan bacaan Al-Quran secara live dan ianya membuatkan majlis ini cukup menenangkan dan mendamaikan. Ramai yang memuji pengisian yang diterapkan sepanjang majlis resepsi Farhatul ini. Jodoh yang baik dan sekufu dalam agama.

Turut dipaparkan dalam video ini, temubual bersama Farhatul dan Ustaz Ilham. Farhatul meluahkan rasa gembira dan terharunya kerana segalanya berjalan dengan lancar. Ustaz Ilham pula berkongsi cerita detik perkenalan mereka sehingga terdetiknya untuk melamar Farhatul.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@nona.my

Sama cantik, sama padan, bagaikan pinang dibelah dua. Pagi bersejarah ini Nona memenuhi jemputan eksklusif majlis resepsi mempelai Ustazah Nor Farhatul Fairuzah dan mutawif, Ustaz Ilham Amri di Cyberjaya. Dengan sekali lafaz, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 ini sah bergelar isteri dengan mas kahwin 1 dinar emas beserta wang hantaran RM25,000. #majalahnona #wedding #farhatulfairuzah #johanqariah #ilhamamri

♬ Classical piano performance “letter to parents” – Popolony

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk warganet :

” Kenapa sy pulak rasa sebak bila tgk ucapanΒ² diaorg . mungkin ada keberkatan pd majlis ni. semoga kekal hingga ke jannah. amin.. “

” Pernah cakap beruntungnya sape dapat Farhatul.Harini terjawab sape jodohnya. Moga bahagia sampai syurga InshaAllah.. “

” Tahniah selamat pengantin baru untuk ustaz ilham amril n farhatul faruzah semoga jodoh kekal hingga kesyurga jannah bahagia bersama suami isteri tercinta n keluarga dunia akhirat kelak aamiin3x yarabalAlamin insyaAllah.. “

” Masyaallah.. sblm ni trtanya2 farhatul ni kawin dgn siapa. rupanya dgn murid saya sendiri..Allahu.. tahniah buat keduanya. moga bahagia till jannah.. “

” Alhamdulillah, Ma Sha Allah, Tabarakallah tahniah Ustazah Farhatul Fairuzah & Ustaz Ilham. Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah.. “

” Orang yang baik akan dapat pasangan yang baik juga.. moga bahagia hingga akhir nyawa.. aminn.. “

” Busana pengantin wanita patuh syariah. patut dicontohi oleh semua bakal pengantin.. ustz ilham bruntung dpt farhatul.. farhatul pn bruntung dpt ilham.. “

” Sweetnya kisah perkenalan Farha dengan suami ni. Kalau dah jodoh tak ke mana. bila Allah dah ketuk pintu hati kan.. alhamdulillah.. “

Andai jodoh tak ke mana betul tak. Allah permudahkan perkenalan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Cinta si mutawif dan si qariah yang sweet. Semoga perkahwinan ini sentiasa diberkati Allah dan kekal berkekalan sehingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Nona, IG Farhatul Fairuzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT