Artis / Selebriti
” Sweetnya Jep, aku pulak yang sebak. Sari betul-betul pasangan yang baik untuk Jep.. ” – Komen Netizen
Video ucapan istimewa Jep Sepahtu sempena ulangtahun kelahiran isterinya, Sari Yanti buat warganet tersentuh. Pujian ikhlas Jep untuk Sari secara live dan didengar oleh ramai pendengar. Elok-elok touching, last tu sempat Jep selit lawak. Spoil betul, haha..
Jep Sepahtu dan Sari Yanti antara pasangan selebriti yang disukai ramai kerana sikap mereka yang low profile dan humble. Usia perkahwinan Jep dan Sari sudah pun 8 tahun dan pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang cahayamaya yang comel-comel semuanya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep memberikan ucapannya khas untuk Sari ketika sedang ke udara bersama Rahim dan Ray sempena ulangtahun kelahiran Sari yang jatuhnya pada hari semalam.
Ucapan Jep saban tahun memang membuatkan ramai tersentuh. Tidak penah lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta, Jep juga memuji keperibadian Sari yang sangat penyabar orangnya. Tidak hanya mempunyai kesabaran yang tinggi, Sari juga seorang yang cukup positif dan membawa aura tenang untuk Jep.

Mendengarkan ucapan Jep itu membuatkan warganet tersentuh hati. Beruntung Sari kerana dikurniakan pasangan yang selalu menghargai dirinya. Begitu juga sebaliknya, Sari bertuah kerana dihadirkan Jep sebagai imamnya dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah.. tahniah2 Jep dapat jodoh yg terbaik.. saling berkorban.. Happy Birthday Sariyanti..semoga sentiasa dlm rahmat, kasih sayang dan keredhaanNya dunia akhirat.. “
” Semoga sentiasa bbahagia dan sejahtera bersama suami n anak2 tercinta.. terbaik ucapan Jep.. akak pun rasa sebak.. “
“Happy birthday buat isteri Jep.. Bini cantik gilaaaaa .. siyes…. tak mekap lagi lawa…. mata dia bulat panjang… ada lesung pipi…. tak sama mcm tgk dlm tv… media sosial….. dpn2 tanpa mekap mmg sgt2 cantik.. “
” Betapa dia menghargai pasangannya. Saya fikir, sari yanti ni betul2 pasangan yg baik utk jep. Happy for you… Sy perasan jepsepahtu sentiasa cakap yg isterinya ini seorang yg “menyenangkan, sabar dan sentiasa bersangka baik” setiap tahun dia akan cakap benda yg sama tentang pasangan dia ni.. “
” Semoga menjadi keluarga yg sentiasa dalam rahmat dan kasih syg Allah… sentiasa saling sayang menyangi dan lengkap melengkapi. Utk kita juga, amin amin amin yra.. “
” Happy Birthday buat isteri syurga jep sariyanti/ Semoga takdir yg Baik2 buat Kamu sekeluarga.. “
” Aamiin… happy birthday sariyanti semoga sihat selalu dan bahgia bersama jepsepahtu dan anak2 hgga ke jannah.. Sweetnya jep. aku lak yg sebak.. “
Ucapan yang ikhlas dan tulus daripada Jep untuk isteri tercinta. Semoga segala doa Jep untuk Sari dimakbulkan Allah. Buat Sari Yanti, selamat hari lahir daripada kami di Berita Kopak dan semoga Sari sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebijik sama lah, tak dapat beza mana satu Amira Othman.. ” – Komen Netizen


