Connect with us

Artis / Selebriti

” Sweet from a brother to a brother. One day Abbas akan wish Bilal begini, inshaAllah.. ” – Komen Netizen

Perkongsian ucapan istimewa Haris Ismail untuk pasangan pengantin baru, Dr Amir dan Aisyah Aziz buat ramai tersentuh. Indah sungguh bait-bait kata PU Riz khas untuk abang dan kakak iparnya. Gambar last tu kenangan paling bermakna.. 

Beberapa hari yang lalu, telah berlangsungnya majlis pernikahan antara abang pendakwah bebas terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail bersama wanita pilihan hatinya, Aisyah Aziz.

Sebagaimana yang semua sedia maklum, Aisyah adalah adik kepada penyanyi Aliff Aziz dan berwarganegara Singapura. Sempena perkahwinan Dr. Amir, PU Riz telah pun berkongsikan satu posting yang indah khas untuk Dr. Amir dan Aisyah.

Meninjau entry di akaun Instagram Haris Ismail, telah dimuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan gambar pasangan pengantin di atas pelamin dan gambar kenangan ketika PU Riz dan Dr Amir masih kanak-kanak serta ucapan untuk pasangan pengantin baru ini.

Ungkap PU Riz, dia mengagumi abangnya ini sejak kecil lagi baik dari segi pelajaran mahu pun sahsiah diri. Sifat baik yang ditunjukkan oleh Dr Amir menjadi inspirasi untuk PU Riz. Coretan yang penuh dengan rasa sayang dan terkandung maksud yang mendalam untuk abangnya itu.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

Perkongsian oleh PU Riz ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sweet from a brother to a brother.. one day, abbas akan wish bilal begini inshaaAllah.. kluarga bahagia, dirahmati dn diberkhati Allah swt. Sweetcouple Sweetlover.. “

” Blood brothers.. so sweet abah Bilal.. nangis baca wish abah bilal ni.. anywayTahniah semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. “

” Congrats kid and aisyah.. semoga bahagia hingga jannah buat korang.. so cute the last picture, gambar rare kenangan abadi selamanya.. “

” Terharunya baca wish PU Riz untuk abang ni.. ucapan yang buat hati tersentuh, kasihnya seorang adik terhadap abangnya.. “

” So sweet ucapan untuk abang tersayang.. org bulan Mei memg sweet dan romantic dgn caranyaa.. “

” Terharunya, Alhamdulillah adik dan abang yang saling menyayangi antara satu sama lain. ucapan yang simple tetapi penuh bermakna.. “

” Sweetnya.. alhamdulillah, bahagia abang PU Riz bersama isteri tercinta.. semoga ikatan yang terbina berkekalan hingga ke syurga.. “

Ucapan yang ikhlas daripada hati seorang adik untuk abang kesayangannya. Bukan hanya sebagai abang tetapi menjadi idola PU Riz sejak kecil lagi. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dr. Amir dan Aisyah atas perkahwinan mereka dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Haris Ismail, IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak