Connect with us

Artis / Selebriti

” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen

Video Hadie Elfardie meluahkan rasa marahnya apabila ada netizen yang meninggalkan komen negatif kepada adiknya, Sallman Elkhoyri. Kali pertama tengok Hadie marah. Garang dan tegas bila orang usik adik dia..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok About Hadie, telah dikongsikan satu sedutan video live Hadie bersama Ammar, Zal dan Sallman. Ketika itu, Ammar dan Zal mengikuti Hadie dan Sallman pulang ke Johor dan mereka duduk bersama di sebuah homestay.

Banyak aktiviti yang dilakukan oleh mereka berempat dan ianya mencuit hati warganet. Seorang demi seorang membuat live yang menghiburkan warganet. Namun ada satu kejadian yang memperlihatkan sisi lain Hadie sebagai seorang abang apabila Sallman dibuli oleh salah seorang viewers yang mengikuti live mereka.

Viewer ini mengatakan Sallman seorang yang annoying dan ianya mengundang marah Hadie. Kata Hadie, dia pantang orang mengusik adiknya kerana hanya dia seorang sahaja yang boleh melakukan perkara itu. Sebagai seorang abang, Hadie tampil mempertahankan Sallman.

Belum pernah warganet melihat Hadie marah-marah seperti ini. Kali ini, Hadie menegur tindakan viewer itu kerana ianya membuatkan mood Sallman tidak okey. Bagusnya Hadie walaupun marah masih tetap kelihatan sopan. Ammar juga turut menasihati semua supaya tidak memberikan komen-komen yang buruk.

Jom tonton video di bawah :

@about.hadie

Pov : Bila ada orang buat adik kau @ADI? @ammarlaaa._ @manmenmonnn Jangan risau guys, beberapa minit kemudian Aman dah okay #hadie #ammarhaikal #sallmanelkhoyri

♬ Chopin Nocturne No.2 Op.9-2(1391533) – 314P

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suka dgr teguran dri Ammar utk netizen.. nmpk btl keikhlasan Ammar syg pd adik2 Nye hadie & Salman.. wlaupun Ammar nmpk hyper tpi sbnr Nye Ammar lgi matang dlm Kasi teguran.. “

” Untung ada abang backup.. adiknya tenang tenang saja.. kesian aman, dia baru nak confident masuk kamera.. dulu dia duk kat tepi je.. kita ajak dia tnjukkan diri. skang dia dah selesa dgn abg2 dia ni depan kamera,eh ada lak yg kata annoy.. “

” Hadie ni marah ke tak.. macam tak marah je. tapi bak adik perempuan dia kata aritu, Hadie garang jangan bagi dia marah.. “

” Haish marah pun handsome Hadie. Marah pun sopan, kalau kita dah sumpah seranah semua keluar.. part periuk atas kepala tu function sangat haha.. “

” Adiknya nampak tenang tapi dalam hati tu sedih sebenarnya. Bagus Hadie ni, dia protect adik dia dari kena buli kaw-kaw.. “

” Adi jangan begitu.. tak suka tengok Adi marah².. tapi kesabaran ada batasnya juga kan.. moga semua baik-baik ya.. bagus sebenarnya hadie garang camni, sbb dia ada tanggungjawab jaga adik-adik.. “

” Susah nak tengok Hadie marah, bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie. nk jugak lah abang macam ni., protect adik.. haters pun dengan budak pun korang nak cari gaduh.. “

Cara Hadie mempertahankan Sallman daripada dibuli seperti ini wajar dipuji. Hadie pun marah tidak lah sampai mengeluarkan kata-kata kesat kepada yang memberikan komen negatif itu. Semoga Hadie akan terus menjadi abang yang terbaik untuk adik-adiknya dan menjadi contoh kepada mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok About Hadie 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak