Artis / Selebriti
” Surprise betul, geng 90an je faham perasaan bila tengok video ni.. ” – Komen Netizen

Video kemunculan kumpulan Elite Original di Konsert GEN KRU mengusik hati ramai. Wah betul-betul kejutan ni, mengimbau memori zaman remaja. Semua maintain suara, lagi-lagi masa duet dengan KRU. Best sangat..
Berbelas tahun sudah berlalu sejak kumpulan wanita popular, Elite membawa haluan masing-masing. Semua anggota asal Elite yang dianggotai oleh Shasha Saidin, Abby Abadi, Azza, Watie dan Linda diminati ramai dan semuanya mempunyai aura masing-masing.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Abby Abadi dan Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ke semua anggota Elite Original membuat kejutan di konsert GENKRU semalam. Ramai yang tidak menyangka Elite akan membuat persembahan di konsert tersebut.
Elite sememangnya bermula bersama KRU dan KRU yang menaikkan nama mereka satu masa dahulu. Ketika konsert semalam, Elite telah pun menyanyikan 2 buah lagu iaitu Tamparan Wanita dan satu lagu duet bersama KRU berjudul Di Pintu Syurga.
Suara dan tarian Elite masih terasa sama seperti dahulu. Gembira semua penonton kerana KRU mengembalikan memori Elite seakan flashback ke zaman muda remaja. Semua penonton turut sama menyanyi bersama mereka dan ianya satu persembahan yang terbaik daripada Elite dan KRU.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
@mediahiburanofficial Wow, kemunculan istimewa kumpulan Elite di Konsert GenKRU. Girl group legend ni. Lagu-lagu Elite masih malar segar sehingga hari ini. #MHnews #MediaHiburan #GenKRU #KRU
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sumpahhhhh time elite keluar ni touching nak mmpossss erh… rase mcm wehhh really I’m aging now.. how time flies.. “
” Hebatlah elite kembali.. Surprise btl.. geng2 90an je paham perasaan bila tgk vtt ni. Abby Shasha Azza Watie Linda original Elite.. “
“Weh original elitE.. my zaman kaset.. Obsessed dgn abby n shasha dulu . Ade lagu G.I.G jgk tak weh.. “
” The original elite.. dorang perform kami yg sebak, mngimbas kenangan btul laa dgn group2 legend ni, KRU the only one.. “
” Ya Allah menggamit kenangan sungguh. this is unexpected guest ever.. alhamdulillah, semuanya masih ada lagi, bukan senang nak kumpulkan Dorang ni, yang semuanya dah ada kehidupan masing-masing.. “
” Ya Allah knpa rasa nak menitis air mata ni.. terimbau zaman remaja semuaa.. Dulu zaman kaset minat sgt dgn kak abby. Suka tgk kak abby bila senyum nampak gigi.. “
” Thank you kak abby hiburkan kami.. sy pon sedih td bergenang airmata rindu betul zaman muda.. now da tua adududu.. “
Era kegemilangan Elite yang dahulu masih dirasai oleh semua peminat mereka. Walaupun cuma beberapa buah lagu yang dinyanyikan, ianya cukup mengubati kerinduan peminat terhadap Elite. Apa-apa pun, semoga semua anggota Elite terus maju jaya dalam karier masing-masing.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi , Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anggun sungguh Jemyma. Royal style, her face pun nampak vibes puteri raja.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kakak bagi hint gender baby lah. Lama tau kita tenung skrin tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Patutlah nak Dato’ Siti nyanyi kat wedding, romantis betul kisahnya, haha..” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni aku tak berhenti ketawa. Fattah geram dengan Aca, takut Aca spill lagi banyak daripada Irfan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita