Artis / Selebriti
” Sukanya dia main dengan kakak dan abang-abangnya. Terhibur kita tengok Ayash.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan Yang Begitu Seronok Apabila Dapat Berkumpul Bersama Adik Beradiknya. Amboi Happynya Ayash, Siap Menyanyi-Nyanyi Lagi. Part Tarik Telekung Tu Lawak, Cepat Betul Tangan Tu Ayash !!
Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga Shuib Sepahtu, pastinya mengetahui yang anak bongsunya Ayash Affan tidak tinggal bersama Shuib. Ayash berada dalam jagaan mama Shuib iaitu Salamiah Jalani sejak ayash masih bayi lagi sehingga kini.
Minggu lalu, Ayash diserahkan sementara kepada Shuib dan Watie supaya Ayash dapat menyesuaikan diri dengan suasana di rumah Shuib dan juga agar dapat berkumpul bersama abang-abangnya, Uwais Al-Qarni dan Ariq Matin dan kakaknya, Dzahira Talita Zahra.
Meninjau akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash ketika bersama-sama keluarga. Ayash yang sentiasa ceria ini berlari ke sana ke mari dan senyuman tak lekang di wajahnya itu. Apa yang melucukan adalah tindakan spontan Ayash menar1k telekung seseorang, tercab0t terus haha.

Perkongsian di Instagram Ratasya Siti Sarah pula memaparkan gelagat Ayash yang suka apabila diusik oleh mummy dan abang kakaknya. Bukan main lagi Ayash ketawa, seronok melihat ketawa Ayash itu. Apabila berkumpul, meriah lah jadinya.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan banyak likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara boleh tahan, besar suara.. gebu gebas Ayash ni.. comel sangat. happy dia dapat berkumpul dengan abang dan kakak.. ”
” Meriah betul bila semua berkumpul.. seronok tengok adik beradik ni bersatu kembali. comel ayash ni rupa ibunya sangat.. ”
” Sukanya dia main dengan kakak dan abang-abangnya.. Terhibur kita tengok gelagat Ayash.. tak pernah tak comel Ayash ni.. ”
” Alah alah Ayash, pandai melawak macam daddy dengan abang Matin jugak ni.. sedap dengar ketawa Ayash tu.. ”
” Comel dan lucu lah Ayash ni.. Haha ad0i Ayash, laju betul tangan tu.. Sampai tercab0t telekung.. kuatnya dia.. ”
” Ayah ni budak baik betul lah. pandai bawak diri. dengan nenek, dengan mummy, senyum je. ibu bahagia tengok ayash camni.. ”
” Ini mesti tiru perangai sama macam abang shuib ni . Selalu saya tengok video kat instagram abang shuib suka kacau siti sarah.. ”
” Ger4mnya tengok Ayash udah tembam badan nya dan Sentiasa Tersenyum.. Cepat tangan Ayash kuatnya. Bambam lah dia comel2 sangat.. ”
Tumpang bahagia warganet melihat Ayash ini sekarang. Allah penuhkan hati anak-anak Shuib dengan rasa kasih sayang daripada semua orang di sekeliling mereka. Semoga Ayash Affan membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG Ratasyasitisarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

