Artis / Selebriti
” Suka tengok Intan dan Harris. Simple je baby gender reveal, pakai pun simple.. ” – Netizen

Perkongsian Harris Alif Bersama Intan Ladyana Semasa Majlis Baby Gender Reveal Cahayamata Kedua Mereka Curi Perhatian Warganet. Wah Ramai Teka Betul Ni. Tahniah Intan Dan Harris !!
Sekitar pada penghujung Disember tahun lalu, penyanyi dan pelakon Harris Alif akhirnya mengesahkan desas-desus kehamilan isterinya, Intan Ladyana. Tekaan peminat yang mengatakan Intan hamil lagi rupa-rupanya adalah benar dan berita itu disambut dengan gembira.
Sebagaimana cahayamata sulung mereka dahulu, kali ini juga majlis baby gender reveal diadakan bersama ketika sambutan hari lahir Evie Khadeeja. Menerusi akaun Instagram Harris Alif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika jantina bayi ini didedahkan.
Intan yang kelihatan sarat sedang bersedia untuk mencucuk belon hitam yang berisi kertas mewakili jantina bayi dalam kandungannya. Harris pula mendukung Evie dan menanti belon hitam itu dipecahkan. Saat belon tersebut pecah, keluar cebisan kertas berwarna biru dan ia menandakan bayi lelaki.
Di ruangan kapsyen juga Harris menulis ‘ It’s a boy ‘. Wah happy lah daddy kali ini ada geng, Evie bakal ada adik lelaki yang comel dan tentu Evie akan menjadi seorang kakak yang penyayang terhadap adiknya itu. Alhamdulillah akan cukup sepasang lah anak Intan dan Harris selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Harris ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya ALLAH.. dia betul² bahagia.. ALLAH maha adil.. bagi saat masanya.. umur 42 tp still ALLAH Masih bagi … Allahu.. Sy doakan korang..tolong doakan Sy jugak.. kisah korang lebih kurang Sy kot.. hahaha.. ”
” Tahniah dah cukup sepasang. Tak dak lompat-lompat pun, suka tengok pasangan Intan dan harris ni.. ”
” Alhamdulillah… suka tgk intan n harris.. simple je baby gender reveal , pkai pun simple… semoga dipermudahkn segala urusan.. ”
” Alhamdulillah.. Tahniah.. Semoga dipermudahkan urusan bersalin intan nanti.. Aamiin. tak sabar nak tengok baby boy, mesti handsome.. ”
” Masha Allah Alhamdulillah. Tahniah. Semoga sihat semuanya. Dipermudahkan urusan. Ibu dan baby. Aamin ya rabbal Alamin.. ”
” Alhamdulillah daddy ada geng, yahoo.. yeay dapat sepasang.. congratulation Harris dan Intan.. ”
” Alhamdulillah complete sepasang. Yeaayy tahniah, tengok perut Intan Ladyana pun lonjong tu. Insha Allah boy.. ”
” Alhamdulillah baby boy pulak .. mesti comel dan handsome macam daddy dan mommy.. semoga selamat bersalin dan semoga baby sihat.. ”
Seronok warganet melihat keluarga bahagia Intan dan Harris ini. Kurniaan Allah, bakal sepasang anak pasangan ini. Semoga segala urusan Intan Ladyana untuk bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi daripada kami di Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Alif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah