Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka positive vibe Adira ni, susah nak jumpa tau.. ” – Netizen

Video Jawapan Adira Apabila Ditanyakan Mengenai Suaminya, Dato’ Red Yang Aktif Mencari Kerja Buat Warganet Kagum. Bagusnya Ayat Adira Ni, Dato’ Red Dengar Tentu Jadi Lebih Semangat. Salute Lah, Betul-Betul Supportive !!

Kes Adira Suhaimi dan suaminya, Dato’ Adnan atau mesra dengan sapaan Dato’ Red masih lagi berjalan. Terdahulu, Adira memberitahu dia sudah nekad dan keputusan yang diambil kali ini adalah yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Setelah itu, baru lah Dato’ Red membuat kemunculan di aplikasi Tiktok.

Banyak rupanya kisah yang tidak warganet ketahui dan kini Dato’ Red cuba sebaiknya untuk mencari rezeki dengan melakukan apa sahaja kerja yang diberi. Sehari dua ini, nama Dato’ Red menjadi trending dan beberapa siri live Dato’ Red mendapat sambutan hangat sehingga ditonton oleh lebih 6 juta orang.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Tiktok Sofieyyy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Adira ketika ditanyakan mengenai suaminya itu. Adira tetap seperti selalu, positif dan tiada satu pun perkataan buruk yang keluar dari mulut Adira tentang Dato’ Red.

Malah Adira memberikan kata sokongan lagi kepada Dato’ Red. Kata Adira, usaha Dato’ Red itu harus disokong oleh semua dan dia sendiri sejak dari dahulu lagi tak pernah berhenti menyokong segala usaha Dato’ Red untuk mencari rezeki untuk mereka.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@sofieyyyy

smoga baikbaik saje #adirasuhaimi #datored

♬ original sound – sofieyyyy – sofieyyyy

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Ami berbaiklah dengan dato.. ami ni baik orangnya.. Bagi lah peluang pada dato red.. kasihan dia.. nampak kejujuran dia pertahakan keluarga nya.. ”

” tadi time live pun Ami sporting jawab soalan2 ttg Dato’ red. Harap-harap jodoh panjang kalau ada lah.. ”

” Orang sabah memang baik-baik orangnya kan.. kita-kita jugak ni, terbaik lah Adira..mana nak cari macam Adira ni, susah nak jumpa tau.. ”

” berbaik lah demi anak anak .datok orang yang baik dan jujur.adira. tak kan jumpa dan susah jumpa suami saperti datuk.. ”

” terikut plak la dah 2 hari dah bka ja hp msti tngok dato red.. betul cakap Adira tu, kita kena sokong orang dah usaha.. ”

” Support abang red jangan bagi mental abang red down. betul tu Adira.. Semangat caiyok hadapi dengan tenangkan adira.. ”

” Betul tetap sokong dia. Anak-anak ramai, rezeki untuk anak-anak kan.. suka positive vibe adira ni. Bagus Adira ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Bagus sikap yang ditunjukkan oleh Adira ini. Selalunya pasangan yang mahu bercerai pasti akan ada terbuka aib dan bercerita keburukan, tetapi tidak untuk Adira. Kunci mulut serapat-rapatnya ye Ami. Semoga murah rezeki Adira dan juga Dato’ Red dalam mencari rezeki dan didoakan yang terbaik untuk kalian berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sofieyyy, tiktok abg red

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT