Artis / Selebriti
” Suka nya adik Amir jumpa dengan abang Putera dia.. ” – Netizen

Video Putera Muhammad Bertemu Adik Amir Sisi Di Sebuah Kedai Makan Raih Perhatian Warganet. Alahai Bukan Main Happy Lagi Adik Dengan Abang Ni Bila Berjumpa. Sempoi Amir Jumpa Abang Putera Sambil Kepit Plastik Keropok Kat Ketiak, Hehe !!
Nama Putera Muhammad semakin menjadi sebutan sejak menjadi coach kepada Amir Sisi dalam rancangan realiti The Chosen One. Keserasian dan keakraban Putera Muhammad dan Amir disenangi dan disukai oleh ramai terutamanya peminat mereka.
Sekali pun program The Chosen One sudah selesai, Putera Muhammad dan Amir masih lagi kekal berhubung. Sebelum ini, Putera Muhammad sendiri turun ke kampung Amir di pedalaman untuk bertemu Amir dan memenuhi undangan untuk menyanyi bersama Amir.
Kali ini mereka bertemu lagi dan keceriaan terpancar pada wajah kedua-dua adik dan abang ini. Menerusi akaun Tiktok Putera Muhammad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan mereka. Tersenyum lebar Amir dapat berjumpa abang handsomenya itu.
Adik dan abang ini kalau bertemu dan bergambar, pasti ada sahaja reaksi dan mimik muka yang dibuat terutamanya si Amir. Dengan keropok dikepit di celah ketiak, takut betul hilang keropok tu ye Amir. Terubat rindu peminat hendak melihat Putera Muhammad bersama Amir.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@puteramuhammad_ Siapa kenal budak ni tolong tag dia, terjumpa semalam 🤷🏻♂️
Sehingga kini, perkongsian oleh Putera Muhammad ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wah Amir jumpa abang dia lah.. keropok tu takut hilang ke Amir haha. Dia punya kepit, hantu keropok betul Amir ni.. ”
” Adik Amir ni kalau ambik gambar mesti buat muka haha.. sebenarnya Amir ni seorang happy go lucky.. periang dan aktif.. ”
” Budak mana ni ya hehe.. budak ni ramai org syg n rmai yg mndoakan dye trus berjaya.. gud luck adik amir dan putra.. ”
” Bila jumpa adik amir ni.. dapat lah adik dengan abang ni lepas rindu.. Suka sangat tengok Amir dan Putera.. ”
” Comel Amir buat muka macam tu hehe.. bakpa comeii sgt 2 ketoi ni. suka betul tgk. anyway putera n amir take care tau. team puteraamir hadir.. ”
” Berjumpa dah 2 org yg serasi adik dan abg tapi adik Amir malu2 dgn abg putera yg sayang kat adik Amir moga mereka terus kekal.. ”
” Bahagia tgok amir dapat jumpa putera. amir suka buat muka yg buat acik tersyum. suka nya adik Amir..jumpa dengan abg putera dia.. ”
Tumpang gembira warganet melihat Amir bertemu Putera. Muka cheeky Amir membuatkan ramai yang geram. Kalau tak buat muka memang tak sah si Amir ini. Apa-apa pun, semoga ukhuwah yang telah pun terjalin antara mereka ini kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putera Muhammad, Tiktok AJS7282
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen