Artis / Selebriti
” Suara Yaya memang sedap yer. Amaze masa first time dengar.. ” – Komen Netizen
Video kakak Ernie Zakri, Yaya Zakri menyanyi raih perhatian ramai. Wah meremang dengar suara kakak Ernie ni, vokal padu setanding suara adiknya. Kalau berduet bersama, confirm gempak ni..
Meninjau ke akaun tiktok Rayyan Adrian, perkongsian sebuah video yang memaparkan kakak kepada Ernie Zakri iaitu Yaya Zakri menyanyi di hari persandingannya telah meraih perhatian ramai. Rasanya ini kali pertama kita mendengar suara nyanyian kakak Ernie.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah suara nyanyian Yaya yang cukup merdu. Seperti adiknya, Yaya juga menpunyai vokal yang padu. Ada netizen yang mencadangkan agar Ernie menyertai Famili Duo dengan memilih kakaknya sebagai pasangan duet.
Ternyata keluarga ini mempunyai bakat nyanyian. Darah seni yang ada pada bapa saudara dan ibu saudara mereka kini mengalir kepada mereka dua adik beradik. Untuk info, Ernie dan Yaya merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menerusi video ini, kita boleh melihat perbandingan antara Ernie dan Yaya dalam membawakan lagu yang sama. Yaya membawakan dalam versinya sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@raytaynaylay adik beradik suara merdu dan boleh menyanyi dengan baik😍#fypシ #erniezakri #yayazakri #kakakerniezakri
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Yaya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sorry ernie , sekarang saya yayanators.. mak sedara dgn pak sedara erni pun suara sedap kan .bole la ninie join family duo cmni.. “
” Pengantin lelaki ada iras syamel.. Mak sedara dia pulak ziana zain mana tak sedap.. anak buah kak ziana Zain kan.. “
” Boleh buat album nie..suara akaknya pun sedappp.. Tone sedap kakaknya.. berat. suara yaya mmg sedap ye. amaze masa first time dgr.. “
” Knp sye bru tau erni ade kakak sedanya suara kakak dia.. Suami yaya pun ada iras2 shamel juga mukanya.. Alaaaa suami dia nangis.. “
” Lagu ikut versi ernie sndiri..wow n wow..tak tau nk ckp apa lg.kau mmng trbaik dek..keluarga pak zain memang suara sedap2.. “
” Kenapa kat yt dah takde video kak ninie nyanyi lagu ni ? sebab saya selalu repeat lagi ni kalau rindu nak dengar nyanyian kak ninie.. “
” Suara kak yaya mmg best eh. Tringat dia pernah nyanyi lagu KD masa getway dgn erninators. Best weh.. Diorang memang betul2 family yg boleh menyanyi.. “
Wah, memang tidak dinafikan Yaya boleh menyanyi dengan baik. Satu persembahan yang cukup istimewa apabila pengantin menyanyi di hari persandingannya. Mesti best apabila pasangan adik beradik ini berduet bersama. Semoga ada lagu duet mereka bersama selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rayyan Adrian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah

