Artis / Selebriti
” Suara power weh, tak terkucil langsung. Part last tu whistle part nampak puas dia.. ” – Komen Netizen
Video Ara Johari menghiburkan pengunjung Aman Central dengan menyanyikan lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita raih pujian ramai. Fuhhh macam tu je Ara tarik, power lah. Makanan Ara sangat lagu macam ni..
Ramai penyanyi daripada keluaran rancangan realiti TV, Akademi Fantasia yang menyerlah dan antaranya adalah Ara Johari. Penyanyi bertubuh kecil molek ini memiliki suara yang merdu dan boleh menyanyi lagu bernada tinggi dengan baik dan sempurna.
Sebelum ini, viral satu video yang menunjukkan Nadeera menghulurkan microfon kepada Ara supaya menyambung nyanyiannya. Ketika itu, warganet hanya dapat mendengar sedikit sahaja alunan suara Ara membawakan lagu Bukan Lagi Kita. Ramai yang meminta untuk mendengar versi penuh daripada Ara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sir.hery, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ara mendendangkan lagu itu ketika roadtour bersama Suria FM di Aman Central Kedah. Persembahan Ara sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pengunjung.

Padu dan mantap, itu yang dapat dikatakan mengenai persembahan Ara. Memetik komen warganet, lagu sebegini memang ‘makanan’ Ara dan mudah sahaja untuk Ara menyanyi walaupun perlukan suara yang bernada tinggi. Pengakhiran lagu itu terbaik, satu mall bergema dengan suara Ara.
Jom tonton video di bawah :
@sir.hery Powerfull voice @Ara Johari Bukan Lagi Kita #bukanlagikita #nadeera #Jelajahsawithijau #suriafm #amancentral #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lepas ni dia hulur mic dekat Nadeera pulak hehe.. full package la dia ni. kurus, tinggi, cantik, suara power , outfit always sopan + takda kontroversi. lurveee.. “
” Saya suka penampilan Ara sekarang”smart” . ala.. macam kacang saja bagi Ara nyanyi lagu ini hehe.. padu betul suara tarik tu.. lagu gini mmg makanan dia.. “
” Part last tu whistle part nampak puas dia.. terbaik lah Ara.. bergema 1 mall dengan suara Ara.. Versi Ara sedap.. boleh buat versi duet dengan Nadeera nanti.. “
” Dah jadi macam lagu dia pulak.. siapa yang tak tahu mesti ingat lagu Ara.. Lepas kene hulur mic dr nadeera terus jd lagu dia hehe.. “
” Macam mana Ara kalau duet dengan Nadeera kan… mesti kebabom kan.. suara ara mmg mntap dri dlu smpai skrg… best.. “
” Kenapa tekak aku yang perit yaa.. hehe.. suara ara ni kan, memang padu kalau nyanyi lagu tinggi macam ni. Suara power weh, tak terkucil langsung.. “
” Ara johari mmg aku tabik spring kt dia.. dari af je dia.. sampai sekarang semakin power vocal dia hebat betul.. “
Akhirnya dapat juga warganet mendengar Bukan Lagi Kita versi penuh oleh Ara Johari. Suara Ara memang padu dan versi Ara antara yang sedap didengari. Semoga pada masa akan datang bakal ada lagu duet gandingan Ara dan Nadeera. Pastinya akan jadi duo gempak dan meletop single mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izzairie Mansor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


