Viral
” Suami saya ni dia kerap sangat main taklik. Sampai satu tahap dia kata ko mengadu lapar, jatuh talak.. ” – Pemanggil

Video seorang pemanggil kongsi kisah suaminya yang suka melafazkan taklik sesuka hati buat ramai geram. Mengadu lapar pun kena taklik, siap ada taklik harian. Sampai tidur merempat si isteri demi mengelak langgar taklik. Ini respon Ustaz Amin..
Suria FM mempelbagaikan segmen dalam meraih perhatian pendengar. Salah satunya adalah dengan kehadiran Ustaz Amin, Ajak dan Fad dalam slot Jom Reset di Suria FM setiap hari Jumaat. Pelbagai isu agama daripada pemanggil akan dijawab dengan sebaiknya oleh Ustaz Amin dari segi hukum agama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Suria Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan panggilan daripada seorang pemanggil berkongsi cerita mengenai masalah yang dihadapinya dalam perkahwinan. Suami kejam, isteri merana ini kisah realiti yang dihadapi oleh ramai isteri di luar sana.
Pemanggil ini bercerita suaminya seringkali melafazkan taklik sehingga membuatkan dirinya merasa terhimpit dan terbeban. Taklik yang dilafazkan bukan sekali sekali, malah setiap hari ada sahaja taklik yang diucapkan kepada pemanggil. Demi mengelakkan taklik itu dilanggar, pemanggil ini pernah tidur di dalam kereta.
Sampai satu tahap, pemanggil ini merasakan dirinya sudah tidak mampu untuk bertahan dan meneruskan perkahwinan itu. Wanita itu bertanya kepada Ustaz Amin, adakah dirinya isteri yang derhaka kepada suami. Ustaz Amin menerangkan apa sebenarnya hukum taklik dan adakah sudah jatuh talak antara pasangan suami isteri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku dah hadap. Sampai cara lipat selimut pun nak talak2. AKU LANGGAR JE, PASTU KUMPUL BUKTI, GI MAHKAMAH, MOVE ON. JANTAN MCMNI TAK LAYAK JEJAK KAKI DLM RUMAH AKU. Boleh jalannnnn.. “
” Angkat kaki blah kak, tak perlu tunggu lelaki mcmni. langgar je sume taklik2 dia pstu ludah dia. simple.. panas pulak hati dengar perangai suami macam ni.. “
” Allahuakbar… kesiannya Puan… dgr getar suara Puan.. saya dpt rasakan betapa terseksanya fikiran..mental dan emosi Puan… Puan ambilah keputusan yg terbaik utk diri Puan… sayangi diri Puan dahulu.. jgn biarkan diri Puan didera mentak dan emosi.. “
” Subhanallah Allahuakbar. sedih bila wanita di buat mcm tu… lelaki kt luar… klu xada LG sayang dgn isteri… lepaskan baik2… jgn duakan .. jgn curang sebab apa kita ada adik, anak, cucu akan dtg… jgn buat mcm tu.. Allah sentiasa bg ujian.. “
” Kita isteri memang padang pahala kita kt suami… tp bila suami buat kt kita mcm hamba … beransur lepaskan… walaupun kita sayang… sayang dgn Allah lebih baik kak.. “
” Kesiannya akak. x guna betul laki tu gunakan agama utk mendera mental isteri. kejam.. Semoga Allah swt selamatkan akak drpd perangai suami dari neraka.. “
” Aku tergamam jp tdi.. ngam2 parking kereta kt opis dgr dulu.. Allahuakhbar sakitnyaa dpt suami giler mcn tu.. bebaskanlh diri tu puan dri orang toxic mcm tu.. puan blh dpt hidup yg lbh baik nanti, insyAllah.. “
Suami sememangnya syurga untuk seorang isteri tetapi apabila suami berkelakuan sebegini, yang terbaik adalah isteri menyelamatkan diri sendiri dahulu dari penderaan mental. Semoga ada sinar bahagia untuk pemanggil ini dan keluar dari kehidupan yang penuh toksik. Isteri untuk disayangi bukan untuk dizalimi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suria Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan