Artis / Selebriti
” Style dia goyang kepala tu ada DNA mak dia, nampak sebijik arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen

Video Thalita sedang berlatih lagu dangdut untuk konsert minggu ketiga Talk To My Manager raih perhatian ramai. Wah, masa latihan pun dah best macam ni. Tak sabar nak tengok Thalita bergelek untuk konsert minggu ni, asyik lah Thalita..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Thalita sedang berlatih untuk persembahan minggu ketiga Talk To My Manager telah meraih perhatian ramai. Minggu ini Thalita akan membawakan lagu dangdut berjudul Dag Dig Dug, nyanyian asal Haiza.
Dapat dilihat Thalita begitu bersemangat melakukan sesi latihan untuk minggu ini yang pastinya ditunggu ramai. Thalita telah membuktikan dirinya berjaya menambat hati ramai orang untuk dua minggu sebelum ini dengan menyanyikan lagu genre yang berbeza.
Lagu tugasan pada minggu ini juga agak mencabar buat Thalita, namun video ini menunjukkan Thalita boleh menyanyikan lagu dangdut dengan baik. Persembahan minggu ini juga Thalita akan menari seiring dengan nyanyiannya. Semakin hari nampak peningkatan dalam diri Thalita.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang menyatakan gaya Thalita saling tidak tumpah seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin ketika membuat persembahan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Style dia goyang kepala tu ada dna mak dia.. Dulu uncle Raisuddin sangat support arwah Siti Sarah. Sekarang ni Shuib pulak beri full support pada Thalita.. All the best, Thalita.. “
” Lmbtnya hari Ahad. nak berDag Dig Dug ngan Thalita. All the Best Thalita.. Sebijik arwah ibu nya.. the one and only fly high.. “
” Tak sabar nak tgk perfome thalita nnt. Tiap minggu mmg the best.. da 2 minggu ni repeat terus tgk perfome thalita mmg feeling n menyentuh.. “
” Sekali pandang macamni nampak muka arwah sarah dalam talita dgn gaya dia macamtu .. buatlah apa2 pun dari segi kerjaya, bisnes atau pembelajaran kalau rajin dan konsisten .. “
” Talented thalita.Dah nampak kemajuan diri Thalia dlm nyanyian Dan tarian.Body movement pun cantik ikut beep lagu .Terbaik.. Nampak terus sebiji arwah siti sarah.. “
” Ingat lagi dulu ank2 blh tk msuk dunia artis..siti jwb i xkisah belajar vokal dlu..pastu shuib jwp i xnk ank2 i dlm dunia artis..tpi skang dia suportive talita.. “
” Dapat ayah yg supportive mmg sgt2 best bcs im the one of anak yg dpt bapak jenis mcm ni Rasa dihargai dan disayangi sangat2!! And percayalah Thalita akan jadi yg terbaik di antara yg terbaik! All the best Thalita sayang .. “
Pastinya ramai tidak sabar menantikan persembahan Thalita pada minggu ini. Melihat pada sesi latihan Thalita sahaja sudah cukup membuatkan ramai teruja. Semoga Thalita berjaya memberikan persembahan yang terbaik lagi pada minggu ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Guru sekolah sendiri menyebarkan spekulasi. Sungguh saya sedih mendengarnya.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Last-last bantai juga joget, terkejut cikgu. Ami lagi terkejut.. ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Padan muka haters, pandai-pandai cakap YB muak. Ambik kamu, dengar jawapan YB.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Comel Aafiyah malu-malu. Afwa tu macam mana boleh behave ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amad buat macam lagu sendiri dah. Sempoi dan selamba jer dia tarik suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia cakap nak duduk je, tapi berdekah satu auditorium ketawa, haha.. ” – Komen Netizen