Connect with us

Artis / Selebriti

” Speechless tengok after makeup muka Sarah, look so gorgeous.. ” – Komen Netizen

Video Sarah Suhairi diberikan sentuhan makeup oleh Dato’ Alha Alfa raih pujian ramai. Wah, nampak lain sangat muka Sarah, cantik betul..

Sentuhan magis daripada jurusolek terkenal tanah air, Dato’ Alha Alfa sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau menata rias wajah penyanyi berbakat, Sarah Suhairi. Kali ini, konsep yang diketengahkan ialah Classy Golden Bloom, satu gaya solekan yang memancarkan aura elegan, mewah dan sofistikated. Sekali pandang, terus nampak eksklusif, memang fuhhh, lain macam auranya.

Konsep ini menampilkan gabungan tona keemasan dan warm neutral yang menyerlahkan kecantikan semula jadi wajah. Fokus utama sudah tentu pada kemasan kulit yang tampak flawless dan ‘mahal’. Base yang digunakan memberi efek glowing from within tanpa kelihatan tebal atau bercapuk.

Kulit Sarah nampak licin, sihat dan segar, tetapi masih mengekalkan tekstur asli yang membuatkan keseluruhan look itu kelihatan real dan tidak berlebihan. Gaya ini membuktikan kepakaran Dato’ Alha Alfa dalam memahami struktur wajah serta tona kulit kliennya, lalu menghasilkan kemasan yang nampak natural tetapi tetap premium.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji wajah Sarah dan Sarah sendiri terkejut melihat wajahnya selepas disolek kerana nampak lebih anggun.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah Sarah selepas di solek. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Dgn aku2 speechless giler tgok after makeup muka sarah,sbb before this sarah makeup just nmpk biasa look tu,but this one MasyaAllah sarah u look so gorgeous!! tgn dato alha mmg magic!.. “

” Masyallah subanallah indah ciptaan allah..lain sgt2, Terus jadi ala2 sari yanti cantekk.. Dlm vid lawa, di luar lagi lawak makep Dato..yg kata over tu x tgk hasil dia face to face…kalau tgk depan² terpegun woh .. “

” Hidung n bibir tu mcm x kena sgt..lain semua cantik, Make up utk skin tone ni yg kita mahu.. Good job Dato! Lorveeeee.. “

” Ngidam nak alha alfa makeup kann  lawaaaa sangat..  saya nakkk jugakkkk.sy dh beli foundation yg valour skin tu  baru dato tu sumpah lawa kalah charlotte tillburry saya .. “

” Cntik ja lain dr yg selalu.. Kulit dia cantik,kena solek terus meletup.. lawanya!!!!!!! international betul makeup dato ni.. “

” This year semua makeup dato memang buat artis tu nampak lain. Macam barbie! Cantikk.. makeup orang yang kulit berjerawat pasir, dry skin, medium skin, ada jeragat lah pulaa datooo. mencabarrr juga.. “

” Aku ni walau xreti mekap sgttt..ble tgk vid gini la membantu org yg mcm ak ni. Nk join kelas, xmampu.. nape la ada negative komen itu ini..ingat senang ke nk mekap orang.. “

Sentuhan Dato’ Alha Alfa memang tak pernah mengecewakan, dan Sarah Suhairi bawakan look ni dengan penuh elegance. Siapa yang ada event dengan tema merah, maroon atau soft brown, boleh sangat jadikan look ni sebagai inspirasi. Pasti nampak mahal, classy dan glowing from within.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alha Alfa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak