Connect with us

Artis / Selebriti

” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen

Video respon Spacedollah apabila viewer bertanya mengenai Bella Astillah ketika sedang live bersama Mama dan ahli keluarganya buat ramai terhibur. Amboi, straight to the point je jawapan Spacedollah. Terbaik lah Presiden BASS ni..

Semua sedia maklum Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kini berada di Switzerland bersama team Kedai Emas Ampang (KCA). Ini adalah sebagai promosi produk barangan kedai emas tersebut dan banyak video yang menarik dikongsikan menerusi live Bella dan KCA.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamicinta888, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Spacedollah bersama mamanya, Sharifah Mahani serta beberapa orang ahli keluarga mereka yang lain. Ini adalah live kedua mereka untuk produk Saffa keluaran mama.

Ketika sedang mempromosikan produk handsock itu, Spacedollah menyampuk dan membaca komen yang meminta inginkan Bella. Spacedollah tidak berselindung dan memberikan satu jawapan yang membuatkan warganet gembira mendengar jawapan tersebut.

Mama dan yang lain-lain juga turut ketawa mendengar ayat Spacedollah itu. Kegembiraan keluarga YB Saddiq ini bercerita mengenai Bella dan YB Saddiq seronok dilihat. Mama juga memberitahu Bella dan YB Saddiq berada di Swiss untuk satu tuntutan kerja.

Jom tonton video di bawah :

@cinta88805

This family is so sweet ❤️saffa.my#Bass #fyp #fypシ゚ #foryoupage

♬ original sound – MamiCinta888 – MamiCinta888

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Spacedollah ni memang abang ipar green forest lah.. keluarga yb saddiq ni semua green flag.. best semua seronok tengok.. “

” Aduhhhh semua sporting siap ckp diaorg gi swiss tgh bercinta jgn campurlah. wahhhhhhh very understanding family.. untung Bella.. “

” Kelakar lah semua.. Love the vibes… Janji Allah Itu Benar.. Moga Semua yg baik2 Utk Bella, YbSS & Semua Family ini.. “

” Friendly uncle YB ni… selama ni dia diam je. i tgk Bella pun sayang uncle YB ni. First time dengar uncle yb berckp.Family ni mmg best ye, untung Bella.. “

” Straight to the point ye Spacedolah.. abang dia memang presiden BASS. Hebat family ni.. semoga terus sukses dan maju jaya.. aamin.. “

” Happy family, abang pun direct terus jawapan jujur dia bagi viewers. semoga Allah permudahkan segalanya.. insha Allah.. Aamin.. “

” Seronok tengok family ni, memang nampak semua sayangkan Bella dan terima Bella dalam family dorang.. Spacedollah selamber je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. best brother aka best presiden BASS ni.. “

Tumpang seronok warganet melihat keluarga YB Saddiq yang sangat memahami dan supportive. Terang lagi bersuluh, Bella disayangi oleh seluruh ahli keluarga YB Saddiq. Semoga segala yang baik untuk Bella dan YB Saddiq dan perniagaan mama bersama anak-anak akan maju jaya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok cinta88805   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak