Artis / Selebriti
” Soalan Tok Ram simple tapi lawak. Comel betul Tok Ram dan Bunda berdebat, haha.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Inka Christie lagu kontroversi Teratai di minggu ke 2 Gegar Vaganza 11. Sama seperti lagu Fauziah Latiff tapi cuma diubah sedikit irama dan liriknya. Dah tak pasal-pasal Tok Ram dan Bunda Hetty berdebat isu lagu ini. Soalan Tok Ram tu kelakar, haha..
Rancangan realiti hiburan, Gegar Vaganza musim 11 ( GV11 ) telah pun memasuki minggu kedua. Seramai 14 peserta dipilih sebagai peserta yang terdiri daripada artis Malaysia, Indonesia dan Singapura antaranya Liza Aziz, Ning Baizura, Inke Christie, The Lima dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Inka Christie yang membawakan lagu berjudul Teratai. Untuk makluman semua, lagu ini dirakamkan oleh Inka pada tahun 1999 dan liriknya sedikit diubah sesuai dengan penerimaan warga Indonesia.
Lagu ini pernah menjadi lagu kontroversi kerana lagu ini sudah awal lagi popular di Malaysia dan dikenali dengan judul Teratai Layu Di Tasik Madu dendangan daripada Fauziah Latiff. Namun selepas itu dirakamkan pula oleh Inka Christie.
Selepas Inka selesai membuat persembahannya, terjadi sedikit pendebatan antara juri-juri iaitu Tok Ram dan Bunda Hetty. Siapa dahulu yang merakamkan lagu ini antara Inka dan Fauziah Latiff menjadi persoalan. Soalan Tok Ram mencuit hati warganet ditambah pula Nabil sebagai penambah perisa, lagi berdekah semua ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lagu teratai layu di tasik madu ni juara AJL 1993. Semua org tau, syarat masuk AJL komposer org Malaysia, Adam Ahmad. So konfem la fauziah latiff yg rekod dlu. Inka rekod tahun1999-2000.. “
” Lagu asal Teratai nyanyian Inke bertajuk Teratai layu di tasek madu nyanyian Kak Zee juara AJL 1993.. nyanyian semula Inke thn1999.. di tukar lirik.. kononnya utk pendengar indon.. “
” Soalan tok ram simple, siapa yang record dulu.. Fauziah atau inke? comel je tengok juri juri bertekak camtu haha.. “
” Teratai Layu Di Tasik Madu penyanyi asal ialah fauziahlatiff pernah mendukung anugerah Juara Lagu 1993 so original nya dr Malaysia.. “
” Komposer nya sama S.Amin Shahab.. dua2 lagu ada keunikkan nya dr segi lirik dan penyampaian. Sama mcm lagu Fantasia Bulan Madu, di Indonesia lain liriknya, di Msia lain liriknya tapi lagu dua2 tetap syahdu.. “
” Lagu kontroversi ini milik Fauziah Latiff ye…… Teratai milik Fauziah Latiff keluar 1993 lebih lama dari inka.. “
” Siapa yang masuk studio dulu? Haha lawak betul tok ram malam ni.. Lagu sandur je.. Baik versi asal atau inke tetap best.. “
” Inke ni dia sbnrnya tak faham soalan tok ram. nabil penambah perasa jadi lawak malam ni.. jadi lucu pulak berdebat juri-juri.. “
Teratai versi Fauziah Latiff mahupun Inka ada keistimewaan dan auranya yang tersendiri. Nyanyian Inka juga bagus dan Inka turut memberikan persembahan yang terbaik. Apa-apa pun, semoga minggu akan datang Inka akan lebih bersemangat dan kembali menyerlah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen