Artis / Selebriti
” So sweet abah Kak Lina, macam bagi anak makan.. ” – Netizen

Elly Mazlein Muatnaik Video Bapanya Sedang Menjamu Selera Bersama Kucing Kesayangan Mereka Raih Perhatian Peminat. Wah Manjanya Si Bulus, Siap Makan Semeja Lagi !!
Jika anda seorang pencinta kucing pastinya anda juga selalu memanjakan kucing peliharaan dan melayan seperti anak sendiri. Meninjau ke akaun Instagram selebriti Elly Mazlein, satu video bapanya bersama kucing peliharaan mereka telah dikongsikan.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan bapa Elly sedang makan bersama kucingnya bersama-sama di meja makan. Kedua-duanya dilihat begitu berselera dan sesekali bapa Elly memberi isi ayam kepada si bulus.
Di ruangan kapsyen pula, Elly menyatakan kucing bapanya ini gemar merayau dan kadangkala menghilangkan diri dari rumah. Namun apabila pulang, si bulus ini minta dimanja dan ditep0k-tep0k.
Patutlah nampak begitu manja si bulus ini makan semeja dengan tuannya. Bagus sangat dan tidak mengganggu makanan tuannya yang sedang makan. Wah, untung sangat si bulus mempunyai tuan yang begitu memanjakannya.
Jom tonton video di bawah :
Netizen juga turut berkongsi situasi yang sama apabila makan bersama kucing peliharaan mereka. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rindu Dada tengok video ni, setiap kali makan mmg kucing Kitaorg akan duduk keliling makan dgn dada atas meja macam tu.. “
” Berkongsi rezeki namanya nih.. Mmg nikmat rasa mcmnih.. Mcm arw4h mak. mertua Ai.. mcm ni la. Kucing atas meja makan sekali. Dah 6 bln arwah pergi.. “
” Pinggan kucing pon cantik.. Alolo manjanya cik meow, mkn sekali.. selalu buat cmni gak mkn ngn kucing jadi berselera.. “
” Aishhhhhh sy yg tgk ni pn ghase nk tepokkkkk dia haaaa.. wah naik pangkat cik meow.. Memang kan. Kalau makan, isi semua bagi kat bulus. Kita pepah juga lah tulang tu tak tahu lah kenapa.. “
” Haha sama mcm my bulus.. Nk mkn sekali .. So sweet abah kak lina. macam bg anak makan.. Samalah Lina kepommm… Kucing² Kita pun mcmtu jugak.. “
” Teringat arw4h umi.. huhu kalu mkn nasi .. cat mari mkn dlm pigang ye pon ye tak mar4h.. elok boleh mkn sama2.. Alfatihah.. “
” Sweet sangat dorang.. sayangnye abah ngn bulus dia.. Yg isi semua bagi meow.. tuan gigit2 tulang pun takpe.. “
Sesekali dilihat seperti melayan anak sambil disuapkan makanan. Apa yang tuan makan, menu yang sama juga diberikan kepada kucingnya. Semoga abah Elly Mazlein sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan dan bahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen