Artis / Selebriti
” Smart betul, perfect 1 team family jadi model haa. Nampak sebaya je semua.. ” – Netizen
Gambar Faizal Hussein, Isteri Dan Anak-Anak Menjadi Model Pakaian Raih Perhatian Ramai. Wah Makin Cantik Dan Handsome Anak-Anak Faizal Ni. Mak Ayah Pun Maintain Muda !!
Nama Faizal Hussein bukan nama asing bagi pencinta seni tanahair. Sudah lama Faizal berkecimpung dalam dunia lakonan dan namanya antara salah seorang pelakon senior yang masih lagi relevan dan menjadi sebutan serta kegilaan ramai.
Faizal hidup bahagia bersama isterinya, Suhaila Sulaiman dan 2 orang anak mereka, Fazrick dan Fazryn. Meninjau entry terbaru Faizal di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Faizal bersama Suhaila dan anak-anak mereka.
Faizal sekeluarga menjadi model untuk salah satu jenama baju sukan terkenal. Gaya Faizal dan raut wajahnya yang masih kelihatan seperti dahulu membuatkan ramai yang memuji. Awet muda sungguh lah si Roy ini, apabila bergambar bersama anak-anak, seperti abang dan adik pula.

Fazrick adalah anak kedua Faizal dan mewarisi ketampanan wajah Faizal. Mmanakala kakaknya, Fazryn pula semakin cantik dan seiras dengan wajah neneknya, Allahyarhamah Mahyon Ismail. Memetik komen warganet, semua ahli keluarga Faizal tampan dan jelita.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fulamakk my mann.. smart bang, berapi lah.. Happy family, suka sangat 1 family jadi duta. Suka, kita suka.. ”
” Tangan berurat lagi.. jawline pon padu lagi di usia begini.. idola betul la.. ok pasni ajen leh amik jdi model anak beranak… approve.. ”
” Smartt betul, perfect 1 team family jadi model haaa.. nampak sebaya je semua, mak ayah anak.. ish awet muda betul.. ”
” Stylo lah.. mantap hero Malaya.. terus muda bergaya.. weh job anak beranak lah.. semua segak dan cantik.. dari mak, ayah ke anak-anak, semua sedap mata memandang.. ”
” Abang sulung dengan adik beradik jadi duta adidas ke ni. Fuhhh 1 family ber Adidas bang, smart.. ”
” Roy roy hati kau keras…. muka tak tua tua. awet muda, steady brother kita. satu family meletop.. Anak2 pun ade aura tersendri. Model ke diaorg.. ”
” Maintain muda je Faizal dengan isteri. Pakai baju apa pun tetap nampak menarik, ada aura. Anak dara dengan anak teruna tu pun cantik dan handsome.. ”
Dari ayah, mak sampai ke anak-anak semuanya stylo dan ada aura tersendiri. Faizal dan isteri tidak begitu dimamah usia, masih tetap sama seperti dahulu. Anak dara dan anak teruna Faizal pun boleh tahan, pandai posing. Ada peluang untuk menjadi model pakaian lagi selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Faizal Hussein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya



