Artis / Selebriti
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
Video Sky tidak bagi daddynya, Ridzokumura pakai filter ketika sedang live buat ramai terhibur. Dah macam bergusti dua beranak ni berebut buka dan tutup filter. Kata-kata Sky pada Ridz tu win..
Kehidupan Ridzokumura dan anaknya, Sky Taizo tetap diteruskan walaupun sedih dengan kehilangan Akiko Okumura. Ridz dan Sky saling menjaga antara satu sama lain dan semakin hari, Ridz dan Sky nampak semakin tenang dan kembali ceria seperti dahulu.
Meninjau entry terbaru Ridz di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ridz membuat live bersama Sky. Kata Ridz, ini lah masalahnya jika dia mahu membuat live bersama Sky sekarang kerana Sky tidak suka menggunakan filter.
Bagi diri Ridz pula, dia suka menggunakan filter kerana ianya akan membuatkan Ridz kelihatan cerah. Menurut Ridz, tanpa filter wajahnya nampak gelap dan kelihatan lebih tua. Sky menutup filter, namun Ridz cuba membuka kembali filter tersebut dan anak beranak ini mula bergurau senda dan bergelak ketawa.

Kata Sky, usia tua itu adalah sesuatu yang indah. Setua mana pun Ridz, Ridz tetap selamanya menjadi ayah Sky. Sambil mengusik, sweet juga ayat Sky untuk Ridz. Ramai juga yang memuji mengatakan Ridz tanpa filter kelihatan macho dengan kulit hitam manisnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahah tersenyum i tengok video ni.. Ok laa muka ori tuu segak aihh.. tak payah filter filter pon ok.. “
” Old is beauty.. bijak anakanda sky.. Sky ni pandai mengusik daddynya, kita tengok pun tergelak sama. Haha.. “
” 500 years too cute la u two.. Sky : I don’t care,U still my daddy forever.. abang handsome lah.. tak pakai filter pun dah ok.. “
” Comel je gaduh gaduh manja dengan ayahnya hehe.. Rupo apa pun tkpe bang.. yg penting rambut tu cantik.. “
” Happy nya … That’s is the laughter.. old is beauty, bijak lah Sky.. Love seeing you both. What Sky say is so true.. “
” Enjoy bonding father and son.. pandai Sky.. sky rasa pelik kot filter macam tu hehe.. tak ada filter pun ok je Ridzokumura.. “
” Kelakar lah anak beranak ni.. Jangan lah bubuh misai dengat Sky tu Riz.. untuk you sorang jer haha.. “
” Abang look macho lah, not old.. tak ada filter tu terserlah kemachoannya.. Hahaha abg ridz dah geram dah tu sebenarnya haha.. ‘move your hand.. “
” Alamak tergelak sorang sorang.. old but handsome dua dua.. Tergelak saya tengok telatah abang dan sky… okey ja abang tanpa filter.. “
Seronok dan tumpang gembira warganet melihat Sky bergurau bersama Ridz. Wajah ceria Sky yang menyenangkan hati semua. Betul lah kata Sky, tak mengapa Ridz kelihatan tua tanpa filter pun kerana selamanya Ridz adalah bapa Sky. Semoga Ridz dan Sky terus bahagia bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

