Artis / Selebriti
” Sky, kesiannya dekat Sky. Anak manja Akiko.. ” – Komen Netizen

Perkongsian video ketika Ridzokumura menenangkan anaknya, Sky buat ramai sebak. Pemergian yang sangat berat untuk Sky, sedihnya tengok..
Berita pemergian isteri kepada Ridzokumura semalam benar-benar mengejutkan ramai. Seakan mimpi, ramai yang tidak percaya Akiko sudah tiada. Paling menyedihkan, anak Ridz dan Akiko iaitu Sky baru sahaja menyambut hari lahirnya beberapa hari yang lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ridz Okumura, telah dikongsikan suasana di perkarangan hospital di mana Ridz, Sky dan beberapa rakan yang lain menanti untuk jenazah Akiko. Sky masih nampak tenang di sini dan ramai rakan-rakan Ridz hadir untuk memberikan sokongan.
Menerusi akaun Tiktok Syazara Aisha, Zarina Zainuddin dan Tiktok myraah, keadaan Sky yang kesedihan meruntun hati semua. Bukan mudah untuk Sky menerima pemergian Akiko kerana mereka terlalu rapat. Tambahan lagi, Sky satu-satunya anak Akiko dan Ridz.
Sebak hati warganet melihat Ridz memeluk dan menenangkan Sky. Anak mana yang tidak menangis akan pemergian ibunya, lebih-lebih lagi secara tiba-tiba. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ramadhan kali ini pasti sunyi tanpa Akiko di sisi Ridz dan Sky.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ridz_okumura Terima kasih semua doa kan Arwah ditempatkan org yg beriman Amin
@myraaah_ Never met Akiko but selalu jumpa Ridzokumura and Sky, their son. Innalillahi wa inna ilahirojiuun 😭, I’m gonna cry just thinking abt the fact that yesterday was their son’s birthday and in a day or two je dh puasa 😞. I hope they stay strongg. 🩷🥹 We love both of you, abang ridz and sky. @Ridzokumura
@syazaraaisha2020 Tabah sahabat ku.. Dekwan semoga arwah Akiko di tempat org2 yg soleh🥺😢🤲🏻
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk semua perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk semua :
” Sedih dpt tau terus terbayang perasaan sky. sedih tgk dia.. dah lah dia rapat dgn mak dia. makan makanan mak dia je yg masak. nak puasa dh lagi. be strong sky.. “
” Skyyyyyy.. ksiannya dekat sky… anak manja mummy dia.. Menangis saya tgk.. hati ibu mana yg tahan tgk anak begini. Moga Allah kuatkan hatimu Sky.. “
” Semoga abg ridz n sky tabah dgn ujian ni..tak terbayangla pasaan sky cmne,dala esok puasa..cmne la mkn minum dia semua..dulu ade mak yg sediakn utk dia.. tabah ye anak.. “
” Sky bring tepi jenazah mak dia. muka arwah pun mcm org tido je. tenang je. mesti pg nanti sky akan terasa sgt bila mak dia nk dikebumikan.semoga sku dan abg rizo kuat menghadapi ujian.. “
” Puasa tahun ni suram laaa.. Sedih betul wlpun kenai arwah dlm live saja.. Isteri baik, syurga bt nya. Semoga Sky kuat.. “
” Ya Allah kuatkan lhhh hati dan Iman sky.. moga ank ini terus kuat harungi hidup tanpa ibunye.. “
” Menangis dlm hati waktu ni tp bila blk rumah nnt barulah rasa kekosongan sebenar masa ni la akn menangis sepuasnya spi rasa x boleh bernafas… itulah kehilangan orang yg tersayang.. “
” Sedihnye tgk sky, Kesiannya tengok sky.. Allahu akbar kuatkan anak ini ya Allah.. ramadhan yg plg sedih utk 2 beranak ni.. “
Tidak dapat digambarkan rasa sedih yang bersarang dalam hati Sky, namun dari riak wajah Sky semua dapat merasai rasa kehilangan itu. Semoga Sky dan Ridz diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi masa-masa sukar ini dan terus kuat demi Akiko.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ridz_Okumura, Tiktok Syazara Aisha, Tiktok Myraaah, IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral12 hours ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Not mama, mommy, daddy, dadda but TALITA first word Royal Abraham.. ” – Raja Ilya