Artis / Selebriti
” Siti punya improvise memang lain macam. Kita yang tengok pun tersenyum, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet bersama Hael Husaini menyanyikan lagu raya Meriah Lain Macam raih pujian ramai. Alahai sedapnya Tokti berduet dengan Hael lagu ni. Part Tokti menyakat Hael tu paling comel, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik rocketfuelent, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet bersama penyanyi Hael Husaini. Menerusi video itu, DS Siti dan Hael menyanyikan lagu raya bertajuk Meriah Lain Macam.
Umum mengetahui lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Hael bersama Nadeera Zaini ini telah menjadi lagu trending dan menjadi siulan ramai menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Gandingan Hael berduet bersama DS Siti membawa lagu tersebut telah menarik perhatian ramai.
Ramai yang mengatakan suka mendengar suara DS Siti menyanyi lagu ini dengan caranya yang tersendiri. Seperti biasa, ada yang memuji DS Siti mampu membawa semua lagu dengan baik dan mendengar nyanyiannya sudah seperti menyanyi lagu DS Siti sendiri.

Bukan itu sahaja, telatah DS Siti dan Hael ketika menyanyi juga dilihat mencuit hati. Sekali sekala, kedengaran DS Siti menyakat Hael. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Siti punya improvise memang lain macam. Kita yang tengok pun tersenyum, hehe.. Best betul versi Siti dan Hael ni.. Suka2.. “
” Banyak betul sayang dkt Hael tu, Dato K tak jeles ke Tokti, hahaha.. Tokti punya sayang boleh buat mengigau oii.. Jngan marah, gurau je, hahaa.. “
” Bagi la lagu apa dkt Siti semua, dia tapau takda nak jerit2 bagai merdu suara dia patut no 1 dan memang selayaknya gelaran tu untuk dia.. “
” Arghhhh… Comel sg, best best.. Kita dengar pun ikut nyanyi sekali.. Hael bila berduet dgn Dato Siti terus menari sopan kan, hahahahaha.. “
” Aku sorang aje yang senyum lebAr ke.. Hehe cute nyaaaaaa tengok Tokti nyanyi lagu ni.. Makin langsing sekarang Tokti, cantik sangat.. “
” Tokti ni bagi apa pun lagu terus auto jadi lagi sedap dari original. Salute.. Tenggelam btul Hael, suara Tokti power sangat lah beb.. “
” Wowwww, suka sangattt Tokti nyanyii niiiiii.. Kita plk sengeh2 tengok, cute lah versi Tokti dan Hael.. Banyak betul Tokti panggil Hael sayang, haha.. “
Merdu sungguh suara DS Siti membawa lagu ini, lagi-lagi apabila mendengar DS Siti menyebut perkataan ‘ sayang’ . Antara part yang mencuit hati adalah melihat Hael begitu sopan menari bersama DS Siti, nampak Hael pula yang malu-malu. Untuk pengetahuan semua, video nyanyian ini dirakamkan ketika majlis sambutan ulangtahun ke 30, DS Siti dalam industri hiburan tanahair.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen

