Viral
” Siti Nur Fatin binti Hamdan, saya rindu awak sangat-sangat. Awak hidup lagi ke tidak sebenarnya.. ” – Pemanggil

Video seorang pemanggil Kool FM yang mencari sahabatnya buat warganet sebak. Sama-sama berjuang melawan kanser, namun terpisah dan sampai sekarang tiada khabar berita. Kisah persahabatan yang menyentuh hati, Paknil dan Haiza pun tak dapat tahan air mata..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kool FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan salah satu panggilan daripada pendengar Kool FM mengenai kehilangan orang yang pergi tanpa khabar berita iaitu sahabat baiknya. Pemanggil itu memperkenalkan dirinya sebagai Qurratu’Aini.
Kata pemanggil ini, dia merupakan seorang pesakit kanser yang sudah berjuang melawan sakit ini sejak usianya 6 tahun lagi. Tambah Qurratu’Aini lagi, dia sedang mencari sahabatnya yang juga pejuang kanser bernama Siti Nur Fatin. Mereka sudah lama bersahabat dan sering menjalani rawatan bersama di hospital.
Namun takdir tertulis 2 sahabat ini terpisah ketika Qurratu’Aini berusia 15 tahun. Pelbagai usaha dilakukan oleh Qurratu’Aini untuk menjejaki Siti Nur Fatin termasuk menghubungi pihak hospital untuk bertanyakan maklumat agar dapat dia berhubung dengan sahabatnya itu.
Suasana mula sebak dan Haiza serta Pak Nil tidak dapat menahan air mata ketika Qurratu’Aini menyatakan ucapannya sekiranya Siti Nur Fatin sedang mendengar luahannya itu. Betapa sayang dan sakitnya merindukan seorang sahabat yang kita tidak tahu sama ada masih hidup atau sudah pergi menghadap Ilahi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga dipertemukan…. Yang pasti puan akan bertemu kawan puan di syurga… Insya Allah… Amin.. “
” Allahuakbar sebak dengar “awak hidup ke tidak” luluh hati friendship for life.. insya Allah moga dipertemukan suatu hari nanti.. “
” Sedihnya.. Allah luluh rasa hati dan sayunya dengaq ‘ awak hidup lagi ke tidak’ rindu n kasihnya seorang kawan.. Semoga Allah pertemukan kedua insan ini.. “
” Saya pon spt Beliau.. mencari sahabat masa belajar dulu.. puas cari dkt Media Social .. x jumpa .. tanya member2 pon x tau.. saya pon x pasti mereka masih hidup atau tidak.. rindu sgt pd mereka.. “
” Tolonglah kongsikan perkembangan pencarian ni. Nak tahu gak kawan dia masih ada atau dah tak ada.. cadangan buat part 2 Kool FM jika bertemu sahabat tu.. “
” Sama seperti adik saya.. kanser survivor yg Masih hidup.. kawan2 yang lain sudah meninggal.. sedih sgt bila patient nama Kanda yg kawan terakhir meninggal.. “
” Allahuakbar auto meleleh air mata.. Takda sesiapa ke yg kenal siti nur fatin tu kat sini.. Semoga dipertemukan secepatnya sekiranya kwnnya masih ada… aamiin.. “
Rindunya seorang sahabat terhadap sahabatnya yang terpisah. Semoga kuasa viral dapat mempertemukan kembali Qurratu’ Aini dan Siti Nur Fatin sama ada masih hidup atau pun sudah tiada. Semoga terlerai segala tanda tanya yang bersarang dalam fikiran Qurratu’Aini dan kerinduannya itu pada sahabatnya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kool101my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Part k1ss tangan tu sumpah cute. Tertib dan humble je dia, masya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejujurnya, saya masih dibelenggu ketakutan.. ” – Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berdekah tengok episod ni. Muka selamba je, siap baca skrip pengacara, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.. ” – Siti Khalizah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi, Kak Long pandai cakap Melayu. Comel lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago
” Mahal betul harga rindu dia, jujur dan ikhlas betul jawapan. Bertuah punya anak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sorry kalau saya tanya, ditinggal hidup dan baru jadi ? ” – Ara Johari