Connect with us

Artis / Selebriti

” Sikit lagi YB nak ada sayap dah. Kalau biar lama lagi memang terbang la YB tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah menari sempena pesta keamatan buat ramai terhibur. Bella memang dah power menari. Sampai part YB Saddiq, berdekah ketawa. Dah macam burung tu YB, haha.. 

Semenjak YB Syed Saddiq bersama Bella Astillah, banyak perkara di luar kebiasaan seorang Syed Saddiq dilakukan oleh ahli parlimen Muar ini. Semuanya demi rakyat Muar dan Bella membawa YB Saddiq keluar dari kepompong dan zon selesanya. Satu demi satu produk mengambil YB Saddiq sebagai duta.

Meninjau entry di akaun Scha dan Cik Dotty, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat YB Saddiq dan Bella merakamkan tarian sempena pesta keamatan. Pasangan ini mengenakan beberapa helai pakaian tradisional suku kaum Sabah.

Menerusi video ini, YB Saddiq perlu menari bersama Bella dan ianya mengundang ketawa ramai. Bella sudah biasa menari dan lemah gemalai sahaja gerakannya. Berbeza dengan YB Saddiq yang tidak pandai menari dan agak keras dan kaku gerakannya itu.

Melihat gaya YB Saddiq menari, ramai yang terhibur. Warganet menyamakan YB Saddiq seperti seekor burung yang ingin terbang. Bukan perkara yang mudah untuk menari tarian tradisional seperti ini. Keras pun tidak mengapa kerana YB Saddiq tetap cuba menyempurnakan tugasannya.

Jom tonton video di bawah :

@scha…..a

live tt YBSS 29/5/2025 sempena pesta keamatan #syedsaddiq #bellaastillah #BASS

♬ original sound – scha…. – scha….

@cik.dotty

YB nak terbang ke mana tu🤭🤣🤣( I dalam dilema nak gelak ke nak nangis🤣🤣🤣) Credit live:syed saddiq #bellaastilah #syedsaddiq #tiktokmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #artismalaysia #trending #videoviral #videoviral #masukberanda #fypviral #tiktokmalaysia🇲🇾 #BASS

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sikit lagi YB nak ada sayap dah haha.. dah level nak menyelamatkan bumi dah ni.. Yb berkepak kepak haha.. “

” Better fokus pada bella ja.. smooth ja tarian dia. sbb kalau tgk yb konpom berdekah. mcm tgh buat senamrobik dkt skolah pagi2.. “

” Harey aku gelak bergulung haha.. anjay Bella buat apa sampai yb ikut semua cakap dia.. Bella menari, yb kungfu, terbang, berpusing-pusing haha.. “

” Kalau biar lama lagi memang terbang la yb tu.. Tak sanggup nk tgok bnyak kali. Ckup la smpai kepak tangan scroll lelaju haha.. “

” Risau aku dengan yb tu, tau tau naik ke langit kang haha.. aku terpaksa tekan stop sebab tak sanggup nk ketawa dah. sakit pundi kencing aku weh haha.. “

” Haha besar gelak aku weyh.. gisau ea tgk YB tu.. keras kejung.. mcm nk nanges pun ade muke YB.. hahaha.. Jack pun tak tahan, apatah lagi kami ni, berdekah ketawa.. “

” Minta maaf aa tersembur air saya minum tengok yb jadi burung.. mnta maaf aa.. saya tergelak tengok yb terbang.. tak boleh berhenti gelak ni haha.. “

Kelakar sungguh melihat YB Saddiq menari tetapi ianya percubaan yang baik dan wajar diberikan pujian. Walaupun terhibur, ramai yang kagum dengan kesungguhan YB Saddiq. Kedengaran saura Jack turut sama gelak, mana lah warganet pun tidak terhibur sama. Maafkan kami YB Saddiq, kelakar sangat.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Schaa, Tiktok Cik Dotty

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Excel Hana
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak