Artis / Selebriti
” Siapa sangka awal-awal test suara, sampai lah ke didikan Ajai dan lain-lain, semakin sedap suara.. ” – Komen Netizen
Video Thalita berlatih vokal bersama Cikgu Shafi raih perhatian ramai. Wah patut lah jadi juara masa konsert minggu kedua Talk To My Manager. Memang padu suara Thalita, lagi-lagi part head voice tu. Meremang dengar suara Thalita tanpa muzik..
Siapa sangka, permintaan satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu iaitu Thalita untuk menjadi penyanyi hebat seperti arwah ibunya, Siti Sarah bakal menjadi kenyataan. Pada awal kemunculan Thalita, banyak yang memuji dan tidak kurang yang mengkritik vokal Thalita, namun Thalita tetap bersungguh-sungguh berlatih untuk membuktikan yang dirinya boleh menyanyi.
Peluang yang diberikan oleh pihak Astro kepada Thalita untuk muncul sebagai salah seorang peserta Talk To My Manager musim 1 umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Ianya platform dan pentas terbaik untuk Thalita menyerlahkan lagi bakat seni yang diwarisi daripada ibu dan daddynya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nopeeee._0, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi latihan Thalita bersama guru vokal terkenal, Cikgu Shafi. Latihan ini sebelum bersiarannya minggu kedua TTMM dan Thalita mendapat tunjuk ajar yang terbaik daripada Cikgu Shafi.

Lontaran suara Thalita dan kemerduan suaranya itu membuka mata banyak orang. Jika dulu ada yang mengecam, tentu sekarang sudah memuji suara Thalita. Tone suara Thalita semakin persis Siti Sarah. Meremang bulu roma mendengar suara Thalita tanpa muzik.
Jom tonton video di bawah :
@nopeeee._0 #watiehanifiah #shuibsepahtu #thalita #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia akan jadi juara dekat Talk To My Manager.. thalita ni lg sedap tone dia nyanyi lagu2 English sbb lagu2 English Punya vocal bkn kaleng2.. “
” Tone suara besar, sedap kalau lagu English.. makin lama makin sdp tone suara talita ni… 98% mirip suara SITI Sarah.. terbaik dik.. God bless dear.. “
” Siapa sangka awal2 test suara. sampai lah ke didikan ajai Dan lain2 semakin sedap suara.. Suara Thalita macam Miley Cyrusss.. “
” The weight… deep tone… senang captured feel … gifted talita ni… proud keep practising.. sedap suara thalita.. kalau bukan dia amad jd juara.. “
” Head voice dia sedap gile. cuma falsetto dia mungkin belum jumpa identity dia selesa.. dia ada hint2 jd juara…. love nya suara lalita… dah mcm berbelas tahun nyanyi.. “
” Bakal diva malaysia, mungkin masa tu aku sdh tiada lg d dunia.. Makin sedap suara talita… Selamat maju jaya talita.. Aamiin.. “
” Tone suara sedap ohhh, go Thalita.. diA ni sebijik arwah siti Sarah nyanyi lagu English sedap n kena dgn suara dia.. moga berjaya ya thalita.. “
Semakin hari semakin sedap dan merdu suara Thalita. Berkat ajaran cikgu-cikgu vokal yang berpengalaman ditambah pula latihan yang konsisten daripada Thalita sendiri, hasilnya dapat dilihat menerusi persembahan Thalita. Semoga Thalita berjaya mendapatkan tempat di final Talk To My Manager.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nopeeee._0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

