Artis / Selebriti
” Setiap kali dengar suara mummy bila balik.. ” – Memey Suhaiza
Memey Suhaiza Kongsi Gelagat Anaknya Apabila Mendengar Suaranya Baru Balik Rumah Cur1 Perhatian Ramai. Wahh, Punya Seronok Dengar Suara Mummy Dia Sampai Macam Tu Sekali Yer !!
Setiap ibu bapa yang bekerja sepanjang hari pastinya akan merasa rindu terhadap anak-anak yang ditinggalkan. Begitu juga dengan anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah mereka. Setiap kali apabila ibu dan ayah pulang dari bekerja, pastinya akan dinanti-nantikan oleh anak-anak.
Pelbagai cara ragam dan perangai anak-anak apabila ibu dan ayah pulang dari bekerja. Ada yang mengejar dan memeluk, ada yang menangis melepaskan rindu dan ada juga buat tidak tahu sahaja kerana sudah menjadi kebiasaan ditinggalkan seharian.
Namun bagi selebriti Memey Suhaiza, ragam anak-anaknya sedikit berbeza. Memey telah memuatnaik sebuah video dalam entri terbarunya di laman Instagram. Memey berkongsikan video mengenai ragam-ragam anaknya ketika pulangnya dari bekerja.
Video tersebut memaparkan anak-anaknya Darwisz, Dikhriz dan Mikayla berlari menyorokkan diri masing-masing setelah mendengar suara Memey yang baru sahaja pulang ke rumah. Pastinya momen-momen ini akan dikenang oleh anak-anak apabila mereka dewasa nanti.
Jom lihat video yang dikongsikan oleh Memey di bawah ini :
Entri tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Mereka turut berkongsiakan ragam anak maasing-masing. Ini antara komen-komen mereka :
” Macam anak saya, comel, saya kalau balik keje pun gini, paling tdak sebalik langsir, kene main sor0k2 dlu.. “
” Hahaha sama la dengan ank2, kalau balik jek dengar bunyi motor pak4t suma larik nyor0k.. “
” Hahaha kan. Sama laaa. Depa punya ny0rok pastu sergah2 lar1 temp1aran jat0h.. “
” Pandai mummy c0ver nak puj0k nang1s, kejar abg pulak, hahaha.. “
” Kami kalau balik, anak mesti tanya, mama tak beli makanan ke.. “
Begitulah gembiranya anak-anak ini apabila ibu bapa pulang ke rumah. Mereka memerlukan perhatian setelah seharian ditinggalkan. Bermainlah dengan anak-anak walaupun sesibuk mana pun kita. Apa-apa pun semoga anak-anak Memey terus membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhir4t . Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Mikayla Delisha Hakim,, Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen