Artis / Selebriti
” Setakat ni, yang ni cover paling tergamak sekali. Tak tergamak nak dengar, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan menyanyi bersama Amad lagu Nadeera, Bukan Lagi Kita buat ramai terhibur. Adui Amayan, dah macam bersajak, Papa Laris pun boleh gelak. Part last tu sampai terbahak Amad ketawa. Lawak betul lah Amayan, haha..
Dato’ Aliff Syukri telah pun menganjurkan satu majlis khas di kediamannya semalam. Selain tetamu jemputan, ianya juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh anak saudara biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Amad. Amad menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sarasofia_papalaris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amad berduet bersama anak sulung Dato’ Aliff, Ammar Ahyan. Lagu Nadeera berjudul Bukan Lagi Kita menjadi pilihan dan persembahan ini ternyata menghiburkan semua hadirin.
Suara Amad memang sudah terbukti lunak merdu. Ammar pula nyanyian bukan lah bakatnya, namun Ammar tetap menyanyi untuk memenuhi permintaan Dato’ Aliff. Terhibur semua mendengar suara Ammar menyanyi dan ramai yang terhibur dengan gaya Ammar itu.
Ammar seakan membaca sajak dan rentak lagunya jauh tersasar. Ammar, Amad dan tetamu yang hadir juga sporting membuatkan sesi nyanyian ini begitu enjoy dan meriah. Part last sebelum lagu berakhir paling mencuit hati sehinggakan Amad sendiri ketawa. Dapat rakan duet seperti Ammar memang menceriakan suasana.
Jom tonton video di bawah :
@sarasofia_papalaris Best x suara anak penyanyi no 1 malaysia ? @Aliff Syukri Kamarzaman @Nadeera ammarahyan aliffsyukri nadeera
♬ original sound – SARASOFIA | PAPALARIS – SARASOFIA | PAPALARIS
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ammar please masukkan confiden dalam beg kuning.. Nak beli satu.. lebih kurang Papa juga Ammayan ni.. “
” No 1 i suka dato alip no 2 i suka amarahyan..Penghibur ni 1 i.. sebijik papa laris.. one of the best is, papa laris ni even anak sumbang but he still proud dngn anak2 nya. ksih syg bapa sngt tinggi.. “
” Amayan ni confirm anak aliff syukri, suara sama haha.. risau ajak duet lagu raya tahun depan.. macam suara jarjit lah amayan haha.. “
” Amayan tergamak sungguh menghancurkan lagu nadeera haha.. aku tak tergamak nak ketawa tapi tak boleh tahan weh haha.. “
” Tak sangka lagu tergamak boleh jadi lagu Negaraku. tak tergamak nak dengar. lawak lah amayan ni, confident nyanyi depan orang ramai tu mana nak dapat.. “
” Ke mana turunnya kuah kalo tidak ke nasik kan. amayan bersajak ke apa ni. amad pun tak tahan nak gelak haha.. part last tu sumpah berdekah. dengan Amad pun ketawa.. “
” Setakat ni, yang ni cover paling tergamak sekali. haha adui amayan aku rasa nak terkencing ketawa. DNA dato betul amayan ni.. “
Kelakar sungguh Ammar menyanyi, sampaikan Amad pun ketawa dengan pengakhiran lagu itu. Apa-apa pun, keyakinan Ammar untuk menyanyi di hadapan ramai orang itu wajar dipuji. ‘Hancur’ lagu Nadeera bila Ammar yang cover. Tergamak betul Amayan, boleh menangis Nadeera dengar, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sarasofia_papalaris, Tiktok Eeza_am
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen