Connect with us

Artis / Selebriti

” Seronok anak engkau eh, buat anak aku macam buku letak stiker.. ” – Ain Edruce

Video Anak Ayda Jebat, Ana Nayla menampal sticker di wajah anak Ain Edruce, Soraya buat ramai terhibur. Lawak betul tengok Soraya, muka rilek je walaupun penuh sticker. Tak sangka Ayda Jebat respon balik video Ain, haha..

Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, dikongsikan video yang memaparkan wajah anak Ain Edruce, Soraya telah ditampal stiker ketika berada di sekolah. Menerusi video itu, pada awalnya Ain mengambil Soraya pulang dari sekolah dan terkejut melihat keadaan Soraya.

Ain bertanya kepada Soraya, siapakah yang menampal sticker pada wajahnya dan Soraya menjawab rakannya yang bernama Nayla. Walaupun mukanya penuh dengan tampalan sticker, Soraya kelihatan cool sahaja dan seolah-olah begitu seronok dengan wajahnya dipenuhi dengan sticker.

Selepas itu, dikongsikan pula video Nayla ketika menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh Ayda selepas pulang dari sekolah. Kedengaran Ayda juga menyakat Nayla dengan bertanya adakah Nayla akan melakukan hal seperti itu lagi kepada Soraya.

Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan suka melihat gelagat comel Nayla dan Soraya. Seloroh warganet, Nayla sebagai junior telah berani membuli seniornya. Sehingga kini, video Nayla menampal sticker pada wajah Soraya menerima lebih 30 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ya Allah anak Ayda.. Betul2 Ayda Jebat travel size.. Nanti dah besar Nayla dan Soraya ni mesti jadi mmber baik hahaha..  So cute betul lah.. “

” Perangai sebijik Ayda Jebat hahahhahaha mmg menurun ke anak.. Si Soraya tu menerun perangai bapaknya, hahaha cool betul gayanya.. “

” MasyaAllah TabarakAllah comeynyer dua2.. Lepas ni bff terus Nayla dan Soraya.. Bestkan anak kawan sekolah sekali sama2, haha.. “

” Hahahaha.. Comel la dua² nie. Nanti dh besar gelak sendiri tengok kisah mase kecik² anak-anak oi.. Perangai masing-masing memang kelakar habis.. “

” Reda btul anak Ain Edruce yee.. Tapi diorng comel btul.. Berdekah aku dengar Ayda cakap dengan Nayla, mcm nk sruh buat lagi, haha.. “

” Comel, siap tak buang pun stiker tu lepas habis sekolah.. Konon2 nak tunjuk dekat mummy dia lah tu kan.. Soraya n Nayla very cute.. “

” Banyak kali aku ulang tgok hahahahahhahahahha lawak g1le, hahaa.. Kire ank Ain senior la kn sbb ank Ayda masuk lepas Ain kn… Hahahaha… Berani dia buli senior.. “

Part Nayla cakap kalau stiker habis, mummynya boleh beli lagi mencuit hati ramai. Berdekah Ayda dan Nabil mendengarnya. Apa-apa pun, bagus Soraya kerana langsung tidak marah walaupun wajahnya ditampal dengan sticker. Betul-betul mewarisi sikap cool daddynya, Amirul.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT