Artis / Selebriti
” Seriuslah tahu tahu dah selamat bersalin, tahniah Johan.. ” – Netizen

Berita Dan Gambar-Gambar Johan Raja Lawak Timang Cahayamata Baru Raih Perhatian Peminat. Pandai Betul Simpan Rahsia Yer Johan. Tahniah Johan Dan Ozlynn !!
Pelawak negara yang juga bergelar penyampai radio di stesen Era FM, Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynn antara pasangan selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai. Kedua-duanya yang suka berjenaka dan us1k mengus1k antara sama satu lain membuatkan peminat turut terhibur melihatnya.
Meninjau akaun Instagram Era.je, telah dikongsikan satu berita gembira untuk semua peminat keluarga ini. Dalam diam, rupanya Ozlynn telahpun selamat melahirkan cahayamata baru mereka semalam iaitu tanggal 3 September.
Turut disertakan beberapa keping gambar Johan yang sedang meriba bayinya itu. Wah bertambah meriahlah rumah Johan dengan kehadiran si kecil ini. Tentunya anak-anak Johan paling gembira dengan kehadiran ahli baru keluarga mereka ini.
Team Era juga turut menulis di kapsyen tersebut mendoakan semoga Ozlynn dan bayi sihat sentiasa. Kembali berjaga malamlah Johan demi si kecil. Melihat dari gambar, nampak ‘semangat’ juga anak baru Johan ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Khabar gembira ini telah mendapat banyak tanda suka daripada peminat. Ucapan tahniah juga diberikan oleh peminat untuk Johan dan Ozlynn. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah guys. betul betul. perg1 tengok dekat ig diorang.. ade gmbar tag brader durian tu.. ozlyn tgh preggy. kan kan kan, mesti comel macam kakak Chantique ni.. “
” Uii serius la, tahniah Johan Ozylnn. Diam diam ubi berisi ni. Alhamdulillah, bestnya bau baby baru lahir. Kalau girl wah dah sama la 3 boy 3 girl.. “
” Jap jap aku ket1nggalan ke cane ni, senyap-senyap. Bagus takde heboh. Tahniah Johan sekeluarga, meriahlah rumah.. “
” Memang tak nmpak pun dia ngandung, sebab dia tak pernah ded4h.. kalau buat live pun tunjuk muka je.. Alhamdulillah tahniahh.. “
” Tahniah Johan dan Ozlynn, tak tahu pun Ozlynn preggy. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga. Rasa macam kena sc4m haha. Comel je pakai topi pink, sipi-sipi macam muka Moleiq je hehe.. “
” Tahniah Abg johan and kak Ozlynn, moleiq dah dapat adik. Bertambah lagi tenteranya, nampak comel je baby tidur tu. Lena sama naik dengan ayahnya hehe.. “
” Seriusla tahu tahu dah selamat bersalin. Tahniah Johan, makin besar family makin gam4t rumah. Comel je si kecik tidur atas papanya. Nampak bambam.. “
Ozlynn juga turut memberikan komen pada posting ini. Amboi mommy, sempat lagi mengus1k papa Johan ye haha. Memang nampak lena sungguh tidurnya tu.
Memang ramai peminat yang tidak perasan Ozlynn berbadan dua. Apa pun, semua urusan Ozlynn untuk melahirkan telahpun berjalan lancar dan kedua-duanya selamat. Selamat berpant4ng untuk Ozlynn dan semoga keluarga Hanania sentiasa dilimp4hi kegembiraan selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je, IG Jozlynnhanania
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen