Artis / Selebriti
” Serius, sekali kita yang dengar pun risau takut-takut YB tersasul cakap apa-apa, haha.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah menelefon YB Syed Saddiq untuk bertanya warna baju yang dipakainya raih perhatian ramai. Alahai sweet sungguh perbualan YB dengan Bella. Nasib baik YB tak terlepas cakap apa-apa. Ayat YB last sekali tu melting sangat. Berbunga-bunga dengar, hehe..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen Radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Bella Astillah dan Ade Govinda telah menjadi artis jemputan ke konti Radio Era pada hari ini untuk berkongsi mengenai lagu terbaru mereka bertajuk Lebih Indah Berpisah.
Apa yang menarik perhatian warganet apabila Bella diminta untuk menelefon YB Syed Saddiq dalam segmen Teka Warna Baju. Sebelum Bella menelefon YB Saddiq, Bella telah meneka YB Saddiq akan memakai baju berwarna hitam.
Tak disangka, tekaan Bella itu adalah betul. YB Saddiq memaklumkan yang dirinya pada ketika itu sedang memakai baju berwarna hitam. Mendengar jawapan yang diberikan oleh YB Saddiq, Haziq dan Shasha bersorak dan berkata hanya Bella seorang sahaja mengenali YB Saddiq.

Perkongsian video ini turut menjadi perbualan warganet. Ramai yang mengatakan suka mendengar suara YB Saddiq ketika menjawab panggilan Bella, nampak YB seorang yang prihatin dan sweet. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Serius, sekali kita yang dengar pun risau takut-takut YB tersasul cakap apa-apa, haha.. Tapi sweet sangat dengar tadi, keras pipi asyik tersenyum2 je.. ‘
” Sweet, cair beb dengar suara YB jawab call Bella.. Adohaiiiii vitamin dalam talian lah yer kita semua.. Tersengeh2 aku sorang2.. “
” Aduii.. Melalui call pun masih blh dpt Vitamin.. Ambil lah bumi ni Bella, kami semua relakan.. Sweet sangat lah korang berdua ni.. “
” Tolongggggggg…. Aku tak tahan weh blushing sorang2.. Guling2 kat lantai dapo lantai luar rumah… Kena berjemaahhh… “
” Aih, Bella ni comel sungguhlaa.. Suka betul tgk bella happy mcm ni.. Mcm kanak² riang sungguh.. Korang berdua gi pindah planet lain . Kami ramai, susah nak gerak.. “
” Satu je harapan kami terhadap Bella dan YB Syed Saddiq, tolong lah bagi jadi kahwin juga.. Kami dah tak larat senyum sorang2 ni sebab terlebih vitamin.. “
” Maaf aku terjerit td bila YB ckp bt lagu bila bersama, love BASS.. Awwww.. Caring nya ybss kat iron lady dia lambat makan.. Pastu soft he suara nya.. “
Ramai yang berdengar perbualan YB Saddiq dengan Bella, nasib baik YB Saddiq tak tersasul cakap apa-apa. Part YB Saddiq mempromosikan lagu Bella memang sangat sweet. Sempat YB Saddiq berkata beliau menantikan lagu ‘daripada berpisah, boleh bersama’ daripada Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen

