Artis / Selebriti
” Serius ni paling lawa, terpaling wow. Menjadi, memang macam Ai.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Alha Alfa makeup Yasmin Hani dengan tema AI Realism Glam Look buat ramai teruja. Fuh cantik betul solekan Dato’ Alha. Total berubah wajah Yasmin, sampai ada yang tak cam..
Dato’ Alha Alfa menerima kecaman daripada segelintir warganet kerana solekannya yang dikatakan agak keterlaluan untuk misi 30 ramadhan 30 selebriti 30 makeup raya. Sekali pun dikecam, Dato’ Alha tetap berkongsikan untuk hari ke 10 dengan membawakan aktres cantik, Yasmin Hani sebagai modelnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Alhaalfa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Dato’ Alha menyiapkan Yasmin. Pada awal video, Yasmin mencabut satu kad dalam kotak Glam Raya untuk menentukan tema apakah yang bakal dilakukan.
Yasmin memperolehi tema Ai Realism glam look dan ianya membuatkan Yasmin sendiri teruja. Langkah demi langkah ditunjukkan oleh Dato’ Alha. Kulit wajah Yasmin sememangnya sudah sedia cantik sekali pun tanpa solekan. Wajah yang bebas dari cela dan bersih dapat dilihat.

Setelah selesai semua step, maka terhasil lah makeup AI yang sangat kemas. Wajah Yasmin kelihatan lain dan ramai yang tidak dapat mengecam itu adalah Yasmin. Warganet memuji hasil solekan Dato’ Alha ini kerana ianya benar-benar kelihatan seperti AI.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 30 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memang macam AI. hidung memang mancung sama, mmg lawoo.. you’re a hijabi disney princess.. Cantik sangat sangat.. “
” Menjadi, memang macam AI. Cantik sangat yasminhani.. Cantiknya bila dia bertudung.. terus nampak MAHAL.. “
” Cantiknya, lain terus hasilnya.. nampak macam anak patung.. sekali tengok ada iras Luna Maya.. cantik sanga ni, AI betul nih.. “
” Cantiknya, langsung tak cam tu Yasmin Hani.. dato berjaya transform tak nampak Yasmin hani…. lain sungguh. 10 tahun muda kalau macam ni.. love this look.. “
” Cantik sangat, macam Barbie.. Lain terus jadinya.. Macam muka orang lain tapi dia miming suara Yasmin Hani.. “
” Sekilas dah macam Hannah Delisya dan che puan Juliana Evans.. Dato saya salute u sebab tahun ni semua u hijabkan which make their aura lagi Masyaa Allah cantik sangat2…. auto ayu and manis yg tak boleh bawak bincang bila berhijab.. “
” Serius ni paling lawa.. terpaling wow… Tak nampak macam yasmin hani dah.. love sgt this look.. tak makeup dah lawa, lepas makeup infinity lawanya.. “
Jauh berbeza wajah Yasmin apabila diberikan sentuhan makeup dengan look AI ini. Bak komen warganet, memang sama seperti AI hasil akhirnya. Selepas ini siapa pula yang bakal diubah wajahnya oleh Dato’ Alha. Boleh lah pengikut Dato’Alha mula berlatih untuk menghasilkan solekan sebegini untuk lebaran nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alhaalfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

