Artis / Selebriti
” Serius lah Lisa rap comel gila. Yusry bagi standing ovation tu.. ” – Komen Netizen
Video Datin Lisa Surihani Menyanyi Rap Dalam Rancangan The Hardest Singing Show Raih Perhatian Warganet. Wah Pandai Rupanya Lisa Rap, Comel Je Malu-Malu Menyanyi Depan Datuk Yusry. Rap Versi Muslimah Ni, Padu Lah Lisa !!
Menerusi akaun Tiktok Marliah Rahijan dan Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Datin Lisa Surihani ketika sedang bersiaran di rancangan realiti hiburan The Hardest Singing Show. Datin Lisa hadir untuk mempromosikan drama baru lakonannya yang berjudul Kiblat Ke Syurga.
Ketika Datin Lisa memberitahu mengenai drama barunya itu, Nabil menyampuk dan mengatakan Datin Lisa perlu membuat promosi dalam cara yang paling susah iaitu dalam bentuk rap. Terkedu seketika Datin Lisa apabila perlu menyanyi rap kerana pada malam itu juga, suaminya Datuk Yusry turut berada di situ sebagai juri jemputan.
Demi memenuhi permintaan Nabil, Datin Lisa mempersembahkan nyanyian rapnya dalam versi yang tersendiri. Bersorak seluruh dewan mendengar rap oleh Datin Lisa itu. Datuk Yusry juga orang yang terawal berdiri dan memberikan tepukan setelah Datin Lisa selesai menyanyi.

Gelagat Datin Lisa yang malu-malu dan menutup wajahnya dengan muka itu membuatkan warganet terhibur. Nabil pula tak henti-henti menyakat Datin Lisa, semakin bertambah malu Datin Lisa dibuatnya. Rap mempromosi drama pun kedengaran begitu sedap, ada bakat menyanyilah Datin Lisa ni.
Jom tonton video di bawah :
@marliahrahijan cantik manisnya🥰 #datinlisasurihani #thehardestsingingshow #fypシ #foryoupage
@remaja.my [LIVE] Alolo, cute je Datin #Lisasurihani promote drama Kiblat Ke Syurga siap rap lagi. Yang penting shuben & all juri approve ya😍 #TheHardestSingingShow #remaja #majalahremaja #remajamalaysia
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Ramai yang suka melihat nyanyian Lisa dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Swag on Ulang2 tgok mashAllah comel.. terlalu comel.. comel bila malu tu. cantiknya ciptaan Allah.. ”
” Aduhaaiii… kenapa comel sangat ni Lisa.. Bape kali ulang dah nii..comel sangat.. first time tengok rapper comel.. ”
” Yezzer She made it.. The hardest thing to do but she did it… Duk ulang-ulang dengar dah ni Lisa.. Terpegun masya Allah.. ”
” So sweet.. pakaian teramat muslimah.. Rentak beat 90 an Dan rap terapi.. Rap versi sopan.. comel betul.. ”
” Comel lah Lisa.. memang jadi oo rapnya dengan muzik.. so cute lembut sopan.. Tersenyum terus aku.. ”
” Dia punya malu sampai kaki dia tk snng dudk tapi rap dia menjadi.. sedap dengar rap dia.. yusry bagi standing ovation tu.. ”
” Serius lah Lisa rap comel gila. ulang-ulang tengok sebab comel sangat. malu nak rap depan suami hehe.. aku lak yang sengih sorang.. Yusry senyum je tengok lisa.. ”
Sporting sungguh Datin Lisa ni, Datuk Yusry juga suami yang sangat supportive terhadap isterinya. Bak kata Nabil, walaupun Datin Lisa bukan peserta tetapi Datuk Yusry memberikan pujian melambung. Apa-apa pun, nyanyian Datin Lisa itu memang sedap didengar. Tengok lah isteri siapa, tentu bangga Datuk Yusry ada isteri berbakat seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Marliahrahijan, Tiktok Remaja, Tiktok Rocketfuel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

