Artis / Selebriti
” Senang betul jaga Bunga ni, tak banyak ragam. Haish ger4mnya.. ” – Netizen

Video Gelagat Bunga Elhaq Ketika Dibawa Membeli Belah Bersama Jinggo Dan Sheila Rusly Buat Peminat Terhibur. Alahai Mudahnya Tidur Bunga Ni, Seronok Sangat Tu Dadda Dan Nanna Bawak Jalan. Baik Sangat Bunga !!
Kehidupan pengarah dan penerbit terkenal Jinggo dan Sheila Rusly banyak berubah semenjak kelahiran cucu sulung mereka, Bunga Elhaq. Sudah berpuluh tahun mengidamkan baby perempuan, akh1rnya Bunga tempat pasangan ini bermanja.
Seperti atok dan nenek lain, kasih sayang Jinggo dan Sheila pada Bunga jelas kelihatan. Ada sahaja video mereka bersama Bunga baik ketika berada di rumah hatta bersenam pun Bunga ada menemani di sisi.
Meninjau akaun Instagram Jinggo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jingga bersama Shiela membawa Bunga keluar membeli belah barangan dapur. Bunga seperti biasa, nampak tenang sahaja duduk di dalam strollernya.
Ditolak ke sana dan ke mari tidak menjadi masalah buat si kecil ini. Punyalah seronok Bunga keluar berjalan sampai tertidur terus. Untung Bunga ada Dadda dan Nanna yang menyayanginya dan selalu ada melayani Bunga.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telahpun meraih hampir 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :
” Bertuah nanna dan dadda bunga. Nampak macam bunga tak reny4h nak dijaga. Alhamdulillah.. “
” Sayang Bunga yg solehah ni.. good girl. Sonok dia teman dadda n nanna shopping groceries. Lena pun comeiii.. “
” Rajin bawak cucu jalan-jalan…. Senang betol jaga bunga ni.. tak banyak ragam… Haish ger4m nye.. “
” Baik dia, duduk diam-diam je dalam tu. Rajinnya nanna dan dadda mengasuh cucu, terbaiklah.. “
” Sampai tido weh .. hahahaha .. mmng ade weh bby mcm bunga ni . ..sepupu sye nak naik moto dlu bru die tido .. skrng dh besar . ok sikit la.. “
” Adoi sampai terlelap Bunga dadda duk pusing-pusing. Merata dadda bawak aih, dalam kedai tu bunga besaq nanti boleh beli gula-gula paw dadda haha.. “
” Untung la bunga dapat atok nenek penyayang.. puas berbonding nature dan family bunga ni.thats why tak bnyk ragam.tahniah good parenting.. “
” Dia manja betul dengan dadda ya. Jalan jalan sampai terlena tu. Senang jaga bunga tak meragam, pen4t tidur tu je kerjanya hehe.. “
Memang senang kerja Dadda, bawa sahaja Bunga berjalan-jalan seperti ini pasti Bunga akan tertidur lena. Bayi yang tidak banyak kerenah dan ragamnya, Alhamdulillah. Apa-apa pun, semoga Bunga sentiasa menjadi anak yang solehah dan cucu yang baik untuk dadda dan nanna.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jinggo, IG Bunga Elhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen