Connect with us

Artis / Selebriti

” Semua pasal Bella dalam tangan YB, mengalahkan orang bercinta. Memang bercinta kan kan, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq bermain games menguji sejauh mana mereka mengenali antara satu sama lain buat ramai teruja. Wah YB Saddiq, semua pasal Bella YB tahu. Hebat lah,  macam sesuatu sangat ni, hehe..

Setiap kali menjalani photoshoot untuk Primavalet, dutanya yang tersohor masa kini, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq pasti akan bermain games atau challenge. Antara games yang mereka mainkan adalah menguji sejauh mana mereka mengenali antara satu sama lain.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan suasana ketika Bella dan YB Syed Saddiq sedang menjawab soalan yang diajukan. Untuk games ini, mereka bergilir-gilir menjawab dan tidak duduk bersama supaya dapat dilihat siapa yang banyak menjawab dengan betul.

Antara soalan yang diajukan mengenai makanan kesukaan, warna kegemaran, sukan kegemaran dan perkataan kegemaran yang selalu disebut. Jawapan YB Syed Saddiq semuanya betul dan YB juga mengambil tahu di mana sekolah menengah Bella. Ianya membuatkan warganet teruja kerana YB mengambil tahu segalanya mengenai Bella.

Bella juga banyak mengenai tentang YB Syed Saddiq dan cuma salah untuk beberapa soalan sahaja. Melihat telatah pasangan ini, warganet semakin seronok menyakat Bella dan YB Syed Saddiq. Komen warganet, pasangan ini sangat mengenali dan telah banyak yang mereka perbualkan mengenai kehidupan masing-masing.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Banyak dah dia berborak berdua ni.. klau kwn2 biasher takde byk sgt borak nya.. ni semua tahu ni.. detail lagi.. “

” Kita je tetinggal. Rupanya dah share byk benda. Plg x sgka, YB tau kat mana bella skola masa skola mngh, itu kira mnyibuk soal hati dah tu, benda rmeh pun mesti tny.. “

” Man that knows small things always win.. yb ss kenal bella lebih dr dia kenal diri sendiri.. smua dia take note.. begini kah cinta? atau ini sekadar ikan naik haji.. “

” Maknanya dah kenal sangat dah ni.. game ni je yang YB menang. semua pasal bella dalam tangan dia.. Greenflag betul la yb ni..segala benda die taw psl bella.. “

” Sampai sekolah pun tauuuu.. yb ni semua pasal bella dia tahu.. serasi betul ni.. sejoli dah ni.. “

” Syed Saddiq paling tahu apa bella suka dan tak suka.. game ni yb menang besar.. Confirm tak lama lagi makan nasi minyak hehe.. memang bercinta kan kan, hehe.. “

” Banyak yg yb tau pasal bella. Mengalahkan org bercinta ya.. Ini kalau tanya laki bini belum tentu jawab betul. Tanya BASS mostly betul semua.. hebatttt.. “

” Halah halah banyak nyaa tau dah macam lama kahwin je. Yb ni bkn gentlement je, dia sgt mengambil perhatian dgn apa yg bella suka dan xsuka. luar biasa btul effort yb ni pd bella.. “

Pasti tersenyum sipu peminat BASS melihat gelagat Bella dan YB Syed Saddiq ini. Nampaknya segala tentang Bella semua dalam tangan YB Syed Saddiq. Effort YB ini yang membuatkan Bella rasa dihargai. Melting betul lah kalau ada ‘ teman kerja’ yang caring seperti YB Syed Saddiq ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak