Artis / Selebriti
” Semua aturan Allah dah tulis. Benda baik ni kena dipercepatkan.. ” – Komen Netizen
Mickey Ayo kongsi gambar selfie pertama bersama Nora Danish curi perhatian ramai. Wah sweet sangat background music tu. Kalau betul sangkaan warganet, ramai yang tumpang gembira..
Gosip mengenai pelakon cantik, Nora Danish dengan seorang jejaka digelar sebagai M mula menjadi perhatian ramai apabila Nora berkongsikan gambar lelaki berkopiah putih. Tidak terhenti di situ, tular pula video jejaka yang menggunakan nama Mickey Ayo ini memakai busana pengantin dan kad undangan pernikahan M & N.
Nora telah pun memberikan penjelasan mengenai video tersebut dan semuanya hanya lah sekadar marketing semata-mata. Secara peribadi, video itu tiada kaitan dengan Nora apatah lagi melibat perkahwinan. Isu itu reda dengan penjelasan daripada Nora.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan sekeping gambar yang diulangsiar dari Insta Story Mickey Ayo memaparkan selfie Mickey bersama Nora. Sama-sama mengenakan baju berwarna hitam, gambar ini meraih perhatian warganet.

Rata-rata warganet mendoakan hubungan Nora dan Mickey sekiranya mereka dalam fasa perkenalan. Apa yang menarik perhatian adalah muzik latar yang digunakan oleh Mickey untuk perkongsiannya ini. Wah lagu memang sesuai dan penuh makna.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Muka nak sama.. kita follow je the flow .. semua aturan Allah dah tulis.. benda baik ni kena dipercepatkan. semoga ada manis-manis.. “
” Ingat korang yg nak kwin minggu depan ni.. rupenye org lain pulak yg kwin.. hehe.. semoga yang baik-baik untuk dorang berdua.. “
” Yeahhh.. aku mula jadi percaya selepas kes Fattah dengan Amira.. kenan betul aku tengok dorang berdua ni.. “
” Actually kan i rasa muka nedim n M ni pun mcm nk sama hahahah.. kalau berjodoh dgn mkey, harap kekal hingga ke janah.. “
” Alhamdulillah semoga yang baik baik buat mereka. Kalau Allah kata jodoh kan, siapa kita nak menidakkan urusan Allah.. Mickey pun handsome.. sesuai dengan Nora.. “
” Ni mesti kes berjangkit dengan FattMira. Lepasni confirm BASS pulak haha.. Ok, plus chop.. approved.. pandai Nora pilih.. “
” Orang cantik apatah lagi memang artis.. memang laku keras.. asalkan baik budi bahasa, siapa pun xpe. janji boleh bahagiakan nora.. “
Andai ada hubungan istimewa antara Mickey dan Nora, didoakan agar pasangan ini berjodohan dan dipermudahkan segala urusan. Segalanya Allah sudah aturkan, ajal, maut, dan jodoh semuanya daripadaNya. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Mickey Ayo, IG Nora Danish
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

