Artis / Selebriti
” Sempat dia suruh adik senyap, lawaklah Yusoff.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Datin Shahida, Yusoff Alqardawi dan Raudhah Arshiyah sedang solat buat ramai terhibur. Boleh pulak Yusoff suruh adik dia senyap masa tengah solat. Part doa Raudhah pun kelakar, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Yusoff Alqardawi, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yusoff dan adiknya, Raudhah Arshiyah sedang menunaikan solat telah meraih perhatian ramai. Yusoff menjadi imam, manakala Raudhah pula sebagai makmum.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah apabila Yusoff meminta adiknya senyap ketika si adik mengikutinya membaca surah. Eh, boleh pula Yusoff buat macam tu. Batal lah solat Yusoff macam ni, hehe. Sekali si abang memberi amaran, terus si adik senyap.
Walaupun masih kecil, anak kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida ini kelihatan tertib dan tahu langkah-langkah asas dalam menunaikan ibadah solat. Ramai yang mengakui kagum melihat bagaimana sejak usia muda lagi, anak-anak pasangan ini diterapkan dengan nilai agama dan disiplin yang baik.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video, kelihatan Raudhah sedang berdoa. Tanggungjawab membentuk sahsiah anak-anak adalah pelaburan paling berharga bagi ibu bapa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji didikan Dato’ dan Datin terhadap anak-anak. Antara komen-komen yang diberikan :
” Yg dua bongsu ni nampak laaa kebongsuan tu akak dan abang laaa nanti byk support adik adik ye.. Tak pernah tak lawak si ucopp niii.. “
” Lawak lah Yusoff …pandai Raudah berdoa..moga anak Dato’ dan datin dimurahkan rezeki. sehat.bijak..aamiin.. Semoga menjadi anak yang soleh buat abah ng mama.. “
” MasyaaAllah ahahhah raudhah angkat takbir sampai nampak dlm telekung semua togei .. Lambat sgt imam ni.. Sempat dia suruh adek senyap.. “
” Bila dh jadi makayah ni.. benda ni pun buat kita terhibur senang hati tengok perangai2 anak2 kecil.. muncung yusuf bkn main lg.. “
” Jgn buat CCO marah tau,nnti raudah kena pecat .. Amazing…masya ALLAH tabarakalloh. Bila dia buat gituu..btul mcm dato alif.. “
” ALLAHU AKBAR. Comei2 nya Yusoff dan Raudah . Semoga berjaya dunya wal akhirat. Aamiin .. Hahahah yusuf yusuf tq CEO hiburkan hati auntie pagi2 ni.. “
” 3 x acik ulang tgk video ucop n raudhah..Smoga jd anak yg baik taat pda ke 2 ibu bapa.. dak dua ni x pernah x klako lelagi dak usop ni jadi anak soleh solehah ya usop raudhah. “
Semoga anak-anak ini terus membesar dengan akhlak yang mulia dan menjadi contoh kepada generasi muda lain. Didikan agama sejak kecil bukan sahaja membentuk peribadi yang baik, malah menjadi benteng utama dalam menghadapi cabaran dunia masa kini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusoffalqardawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

