Artis / Selebriti
” Semoga Allah sentiasa melindungi Aafiyah.. ” – Dato’ Siti Nurhaliza
Dato’ Siti Nurhaliza Muatnaik Koleksi Video Aafiyah Sejak Dari Dalam Kandungan Sehingga Kini Sempena Hari Lahir Aafiyah Yang Ke 3 Tahun. Perkongsian Dan Doa Dato’ Siti Buat Aafiyah Buat Peminat Tersentuh !!
Pada 19 Mac tiga tahun yang lalu, lahirlah si cilik kesayangan ramai yang bernama Siti Aafiyah. Setelah 11 tahun penantian, akhirnya Allah hadirkan seorang zuriat yang comel buat Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa.
Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti hari ini telah berkongsi video koleksi Aafiyah sejak dalam kandungan sehingga kini sempena hari ulangtahun permata hatinya yang ketiga semalam. Di samping itu, Dato’ Siti turut menitipkan doa buat anak kesayangannya itu.
Antara doa-doa Dato’ Siti adalah semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah, taat kepada ibu bapa serta menghormati orang tua dan menjadi insan yang berguna apabila dewasa nanti. Dato’ Siti turut mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi Aafiyah setiap masa.

Sehingga kini, video yang berdurasi kurang daripada seminit ini telah ditonton hampir 70 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik 52 minit yang lalu. Perkongsian Dato’ Siti ini meraih perhatian peminat dan mendapat banyak tanda suka.
Jom tonton koleksi video Aafiyah di bawah :
Gambar-gambar sekitar sambutan hari lahir Aafiyah semalam :
Sekejap sahaja rasa masa berlalu, kini usia Aafiyah sudah genap tiga tahun. Peminat turut tidak ket1nggalan menitipkan doa dan ucapan buat Aafiyah. Ada juga yang tersentuh dengan perkongsian Dato’ Siti. Antara ucapan-ucapan mereka :
” Hb Siti Aafiyah.. Semoga menjd ank solehah.. Cerdik aafiyah masyallah.. Amin.. Im so t0uched.. Masha Allah Aafiyah Anak Solehah.. Barakallah Fii Umrik.. “
” Happy birthday sweetie aafiyah.. semoga Aafiyah sihat selalu dan menjadi anak yg solehah buat ibu dan ayah serta menjadi kakak yg baik.. Aamin allahuma aminn.. “
” Happy birthday aafiyahanakibu.. semoga jadi anak solehah penyejuk hati ayah bonda. Amin.. anak manis yg bijak.. Nak jadi kakak dah dia. Nanti jaga adik tau.. Saya pula yang seb4k.. “
” Happy birthday aafiyah sayang. teringat mase lahirkan Fatihah (anak saya) then dpt tau tokti pon lahirkan aafiyah same hari. 19/3/2018 happy 3 years old dr auntie wana.. “
” Happy Belated Birthday Aafiyah, sebaya anak aunty. Memahami kegembiraan seorang ibu setiap kali birthday anaknya. semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh hidupmu Siti Aafiyah Khalid.. “
” Comel.. Cerdikk laaa aafiyah syg ni.. Ya ALLAH.. Semoga ada rezeki ak dan suami ak dikurniakan zuriat yg soleh solehah cerdik penyejuk ayah ibu suatu hari nnt.. Amiiiinnnn.. “
” Ouh ni la kan yang bidadari cilik yang muncul selepas 11 tahun tu, lama tau kami tunggu Aafiyah.. Hppy besday Aafiyah syg.. Semoga Allah selalu peliharamu.. “

Selamat ulangtahun kelahiran yang ketiga buat kesayangan ramai, Siti Aafiyah. Didoakan semoga Aafiyah sentiasa sihat walafiat dan menjadi anak yang solehah. Semoga Aafiyah sentiasa di bawah lindungan Allah selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

