Artis / Selebriti
” Selamat hari lahir anak Mama, anak Papa, adik kakak manja dan cucu Atok Tayan.. ” – Kak Lina Kepom
Video sambutan hari lahir anak lelaki Elly Mazlein, Haider Mateen bertemakan Dinosaur raih perhatian peminat. Alahai dah besar lah Haider sekarang. Bukan senang dapat tengok hero Kak Lina ni. Excited sungguh Haider tengok kek birthday tu..
Menerusi perkongsian terbaru Elly Mazlein di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sambutan hari lahir untuk anak keduanya, Haider Mateen. Pejam celik, pejam celik, 3 tahun sudah berlalu sejak Kak Lina selamat melahirkan Haider. Tanggal 23 Oktober akan selalu menjadi kenangan manis untuk Kak Lina dan Cikgu Azlan.
Menerusi video ini, Kak Lina menunjukkan dekorasi yang telah disediakan untuk sambutan hari lahir Haider itu. Kak Lina juga menempah kek khas daripada pembuat kek popular, Mad About Cake. Untuk tahun ini, Kak Lina memilih tema dinosaur untuk kek Haider dan dekorasi juga dihias dengan tema yang sama.
Pada penghujung video, Kak Lina menunjukkan gelagat Haider yang gembira bermain. Sudah besar dan tinggi Haider sekarang. Seperti biasa, Kak Lina tidak menunjukkan wajah anaknya demi menjaga privasi Haider. Walaupun dari belakang, ianya sudah memadai untuk warganet kerana dapat melihat Haider.

Pada ruangan kapsyen, Kak Lina menuliskan ucapannya untuk Haider. Kapsyen itu berbunyi ‘ Selamat hari lahir Anak Mama, Anak Papa, Adik Kakak Manja dan Cucu Atok Tayan’. Kak Lina turut menzahirkan ucapan terima kasihnya untuk Mad About Cake atas penghasilan kek yang comel itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy birthday Haider Sayang. Semoga membesar jadi anak yg baik, yg cerdik, yg soleh dan semoga Haider sentiasa dlm rahmat & lindungan-Nya.. “
” Happy birthday Haider.. handsome boy.. semoga menjadi anak yang soleh, cerdik dan baik.. nanti boleh jadi macam abang maharich.. “
” Happy birthday haider; smlm mama iamellymazlein bagi duit utk Haiyan.. kite kena pass balik ni utk haider. Semoga membesar menjadi anak yg soleh syg aamiin ya rabb.. “
” Kejap masa berlalu.. happy birthday Haider… Sihat selalu sayang mama papa.. semoga menjadi anak yang soleh.. “
” Salam Dari Singapore adik elly. happy birthday from atuk Singapore semoga jadi taat Dan dengar cakap ibu dan bapa.. “
” Sanah helwah untuk anak Elly Mazlein.. semoga baby n semua isi family nya dirahmati Allah SWT.. “
” Selamat hari lahir Haider semoga menjadi insan yg berjaya dunia akhirat dan sentiasa dirahmati Allah amin.. “
Meriah betul sambutan birthday Haider, birthday boy pun kelihatan aktif dan ceria sahaja. Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir Haider Mateen. Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik budi pekertinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

