Artis / Selebriti
” Selalu orang jerit-jerit dah main game ni. Fasha so calm.. ” – Netizen
Video Fasha Sandha Bermain Permainan ‘What’s Inside The Box’ Raih Perhatian Ramai. Wah Fasha, Rileks Dan Santai Je Seluk Tangan Dalam Kotak. Tak Sangka Fasha Seorang Yang Berani. Kalau Orang Lain Mahu Takut Atau Geli !!
Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fasha bermain permainan ‘ What’s Inside The Box ‘ telah meraih perhatian ramai. Ramai tidak menjangkakan yang Fasha seorang yang berani.
Dalam permainan ini, Fasha perlu meneka apakah barang yang ada di dalam kotak tersebut. Fasha perlu meneka barang tersebut dengan cara merasai dan memegang benda tersebut menggunakan tangan. Daripada tekstur luaran benda tersebut Fasha boleh meneka dengan tepat dan pantas.
Kebiasaannya permainan ini agak menyeramkan untuk bermain. Ini kerana kadangkala benda hidup akan diletakkan di dalam kotak tersebut. Walaupun benda bukan hidup sekali pun, kadangkala teksturnya agak menggelikan.

Perkongsian ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fasha sangat tenang meneka setiap barang yang berada di dalam kotak tersebut. Paling win adalah tekaan Fasha yang terakhir.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen pula, ramai yang memuji keberanian Fasha. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Come on la dia heroin cicakman la.. xnk la dia geli ngan cicak.. Siap boleh minta yg hidup org lain dh menjerit dah kot.. “
” Anak no 2 mmg lasak gini.. mcm adik saya. Tp cantik manis.. wah, relaks betul ye fasha.. tak risau langsung nak pegang.. “
” Berani.. lawa ter0k ni.. cantik lah fasha pakai tudung.. ayu sangat.. wanita hebat ni tak geli langsung.. cuba bagi yang hidup.. “
” MashaAllah..lawanya fasha.. Lawa yg sgt lawa.. Take care fasha.. Tenang betul waktu pegang nak teka tu.. “
” Br tahu fasha seorang yg tak pengeli rupanye … Style gila fasha.. mmg berani eh.. terbaiklah memang berani semua benda.. “
” Selalu orang jerit2 dah main game ni.. fasha so calm.. Fasha ni bukan jenis penggeli.. tak kenal erti takut langsung yaa.. “
” Berani la fasha ni.. dah la cantik berani pula.. next game cuba bagi benda yang mencabar dan manakutkan.. baru best.. “
Wah, memang berani dan Fasha bukanlah seorang yang penggeli. Fasha siap meminta diletakkan benda hidup di dalam kotak tersebut. Lepas ni boleh lah mencabar Fasha untuk meneka benda-benda hidup seperti serangga, haiwan atau pun ulat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen



