Artis / Selebriti
” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
Video Datin Lisa Surihani mengaji dalam rancangan Home Of Ramadan raih perhatian ramai. Part Lisa terkejut sebab ada reverb tu comel sangat, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik tazkirahmalamjumaat, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Datin Lisa Surihani menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Home Of Ramadan. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang teruja melihat kemunculan pelakon terkenal itu dalam program berunsur kerohanian.
Menerusi video berkenaan, pengacara rancangan tersebut, Fakhrul Radhi telah meminta Datin Lisa untuk membaca satu surah daripada al-Quran. Permintaan tersebut dibuat secara spontan ketika sesi perbualan mereka berlangsung dalam suasana yang santai.
Surah yang diminta ialah Surah At-Taghaabun, ayat 9. Datin Lisa dilihat menerima permintaan tersebut dengan tenang dan bersedia untuk membacanya di hadapan semua yang berada di studio. Namun begitu, ketika Datin Lisa mula membaca ayat tersebut, dia sempat meminta maaf.

Hal tersebut kerana Datin Lisa sedikit terkejut apabila mendengar bunyi ‘reverb’ pada mikrofon yang digunakan ketika itu. Selorohnya, dia menyangka kesan bunyi reverb tersebut hanya digunakan oleh pengacara sahaja. Reaksi spontan itu secara tidak langsung mencuit hati mereka yang berada di studio.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia punya tunduk tu hahahhahahaa.. Alooo comel nyaaaaa la.. Tahniah kak Lisa.. That effort 100.. “
” Comelnyeeeeeee bnyk kli tgk.. Ma Sha Allah.. Suka tgk Datin Lisa.. Cantik sangat2.. MashaAllah tabarakallah, alhamdullillah sedap dengar Datin mengaji.. “
” Sy pon ngaji suara ketar depan ustazah sy. Lepas ngaji ustazah beri tips, bila berhenti.. Kira 3seconds tarik nafas.. ”
” Dok dgn 3 tok guru mau tak ketaqqq.. Kalau aku pun, hahaha.. Apa2 pun terbaik bacaan Datin Lisa tu.. “
” Saya pun merangkak baca Quran.. Tp asbab usaha tu lah ada pahala ustaz kata.. Kita sama2 perbaiki.. “
Walaupun begitu, Datin Lisa tetap meneruskan bacaan dengan baik dan penuh tertib. Perkongsian video tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji sikapnya yang merendah diri serta tenang ketika membaca ayat suci al-Quran.

Selain itu, penampilan Datin Lisa juga tidak terlepas daripada menjadi perhatian ramai. Warganet mengakui bahawa Datin Lisa kelihatan sangat cantik dan anggun ketika hadir sebagai tetamu dalam rancangan tersebut. Satu pujian hrus diberikan kepada Lisa kerana berani mengaji di hadapan umum.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tazkirahmalamjumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

