Artis / Selebriti
” Sekali kita pun menangis juga tengok mak dan ayah Siti menangis.. ” – Komen Netizen
Video Siti Khadijah Halim membuat kejutan menghadiahkan kereta kepada ibu bapanya pada hari lahirnya buat ramai tersentuh. Konon-kononnya nak buat review kereta. Menangis ayah dan ibu Siti bila tahu kereta tu hadiah untuk mereka. Alahai sebaknya..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon yang semakin meningkat naik, Siti Khadijah Halim, telah dikongsikan video yang memaparkan Siti menyambut ulangtahun kelahirannya bersama ahli keluarga. Menerusi video itu, kata Siti, hari tersebut adalah hari yang paling istimewa buatnya.
Setiap tahun, dia sering menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri. Namun, kali ini berbeza kerana Siti mahu membuat kejutan untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada kedua ibu bapanya dan video itu juga memaparkan moment ketika Siti membawa ibu serta bapanya menerima kereta tersebut.
Pada awalnya, Siti bersama ahli keluarga lain meraikan hari lahir Siti di sebuah restoran. Kemudian, mereka semua ke kedai kereta tersebut dan Siti berpura-pura sedang merakam video untuk review kereta, konon-kononnya untuk tujuan promosi. Setelah itu, ketika Siti mengambil gambar bersama ibu dan bapa, Siti menyerahkan kunci kereta kepada ibu bapanya serta memberitahu kereta itu sebenarnya adalah milik mereka.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Siti, bapa Siti tidak dapat menahan sebak dan terus menangis sambil tangannya menekup wajah. Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet serta ramai yang meluahkan rasa tersentuh melihat apa yang dilakukan oleh Siti kepada kedua ibu bapanya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Siti dan memberikan pelbagai kata pujian serta ucapan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali kita pun menangis tengok mak ayah Siti menangis.. Stay humble Siti, semoga terus berjaya dalam industri, semoga dimewahkan rezeki selalu dapat happykan family.. “
” Tak semua anak dapat bagi macam ni,inshaa allah i will follow ur step mengikut kemampuan i. Terima kasih Siti for sharing this sweet moments, priceless dooh.. “
” Sebagai org tua atau sorang ibubapa rasa seperti ibubapa siti rasa.. Sebak, terharu.. Bangga dgn Siti.. Semoga Siti terus dimurahkan rezeki dan menjadi anak yg baik.. “
” Salam Kak Siti, very proud of you in making your parents and loved ones happy.. Semoga Kak Siti dimurahkan banyak rezeki yang berlimpah dan dirahmati oleh Allah SWT.. Amin.. “
” Ya Allah, semoga SKH sentiasa didlm RahmatMu & dikurniakan hanya yg terbaik dari sisiMu untuk SKH hingga keJannah.Aamiin YRA.. “
” Olooo shayanggg. Siti anak yang baik, Allah akan bagi berlipat ganda rezeki utk anak yang membahagiakan ibu bapa mereka.. “
” So proud of you.. Semoga Siti terus berjaya, menjadi anak baik buat ibu ayah & mendapatkan kurniaan rezeki yang melimpan ruah, Allahumma aamiinn.. “
Sebak sungguh melihat cara Siti membahagiakan ibu bapanya. Selain itu, para peminat Siti juga turut menitipkan doa kepada Siti agar terus berjaya dan menjadi anak yang baik. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Siti. Semoga dipermudahkan semua urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitikhadijahhalim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

