Artis / Selebriti
” Sekali Fattah dah pandai buat kapsyen, haaa ambik kau semua terlopong baca.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru Fattah Amin di Tiktok raih perhatian warganet. Wah lain macam betul kapsyen Fattah kali ni. Ada yang kata macam bagi hint je..
Fattah Amin kini berada di luar negara dan banyak berkongsikan videonya semasa di sana. Meninjau terbaru Fattah di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah sedang merakamkan dirinya sambil bersiar-siar dengan berjalan kaki.
Berlatarbelakangkan matahari yang terang bersinar, Fattah kelihatan tersenyum memandang ke arah kamera. Apa yang menarik perhatian warganet adalah ayat pada ruangan kapsyen Fattah itu. Ayatnya yang seakan-akan ditujukan kepada seseorang.
Itu membuatkan warganet mula berteka-teki maksud tersirat di sebalik kapsyen tersebut. Ada juga yang mengaitkan Fattah dengan seorang penyanyi wanita kerana kapsyennya seakan lagu penyanyi tersebut. Tambahan lagi penyanyi itu juga masih single.

Mereka juga pernah dirakam duduk berdekatan ketika hadir ke konsert biduanita negara, Dato’ Siti Nurhaliza baru-baru ini. Alahai makin pandai Fattah membuat video dan kapsyennya juga meraih perhatian ramai. Berbunga-bunga hati peminat membaca kapsyen Fattah itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fattahamin Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan! #hatihati
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebuh 120 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Wah caption Bamtah up another level hehe.. Siapa yang ada dalam hati tu bamtah.. happynya.. aritu tengok dorang duduk sama masa konsert tokti.. kan kan.. “
” Uish dengan Amira Othman ke weh.. setuju setuju.. sesuai sangat.. ramai yang mendoakan jodoh mereka ni, aamin.. “
” Hashtag tuu.. sama macam tajuk lagu amira othman.. hint ke ni fattah.. siapa kasi idea buat caption macam ni hehe.. “
” Selain pandai edit capcut, bamtah dah pandai caption juga.. caption catchy catchy cute betul. kita yang baca lak tersengih-sengih.. “
” Auwww dah ade someone ya fattah.. Pandai dah dia haha.. semoga fattah tak sesat di tempat yang salah lagi.. “
” Sekali Fattah dah pandai buat caption, haaa ambik kau semua terlopong baca.. mula lah nak edisi siasat siapa di hati mu fattah haha.. “
” Cewah caption tu pandai dah.. ok da improve caption haha. caption deep sempoi gini yg kami mahukan . keep it upp ketua.. “
Seronok warganet menonton video dan membaca kapsyen Fattah ini. Mungkin ini hanya lah kebetulan tetapi bak kata Falah, dalam hidup ini tiada kebetulan, semuanya takdir. Mungkinkah hati Fattah sedang berbunga-bunga atau ianya hanya sekadar kapsyen semata-mata. Apa-apa pun, semoga Fattah gembira selalu dan terus maju jaya dalam karier.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

