Artis / Selebriti
” Sekali aku pun ikut nganga mulut tengok Yusuf nganga, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak-Anak MUA Bellaz, Ean Yusuf Sedang Menyuap Makanan Kepada Adiknya, Aisywara Nealofa Buat Ramai Terhibur. Amboi Yusuf Gaya Suap Tu Dah Macam Mak-Mak Sangat, Comel Lah !!
Pempengaruh terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini diminati ramai kerana membuat tutorial makeup yang cantik sambil petah bercakap serta membuat lawak dalam loghat utara. Mesra dengan panggilan Bellaz, figura ini begitu aktif di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Bellaz telah memuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak-anaknya, Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa. Menerusi video tersebut, Yusuf sedang menyuap bubur nasi kepada Wara yang sedang duduk dalam kerusi sambil menonton televisyen.
Namun gaya Yusuf menganga mulutnya juga ketika menyuap Wara membuatkan ramai terhibur. Ada yang mengatakan gaya Yusuf saling tak tumpah seperti perangai ibu-ibu yang menyuapkan makanan kepada anak mereka. Pada akhir video, kedengaran suara Bellaz turut ketawa melihat aksi lucu Yusuf itu.

Sehingga kini, video Yusuf menyuap makanan kepada Wara telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi Yusuf, dah pandai jaga adik, nampak sangat Yusuf seorang abang yang penyayang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat gelagat comel Yusuf. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali aku pun ikut nganga mulut tengok Yusuf nganga, hahaha.. Gaya mulut tu dah macam perangai mak2 suapkan anak, hahaha.. “
” Wehhh lawak lah tengok.. Pandai Yusuf jaga Wara.. Makin tembun lah Wara, abang Yusuf rajin suap makan dekat Wara.. “
” Abg pun sama besaq dgn adik dah.. Lawak la Yusof.. Dia tgk duk tumpah gamaknya kot.. Smpai nganga mulut nak bg adik nganga luas.. “
” Hahahahahahha copy perangai mak2 dah Yusof niii.. Mulut Yusuf tu main peranan betul.. Berdekah mak hampa gelak, hahaha.. “
” Dia ikut nganga juga, harap2 bila nganga luas2 macam tu, tak tumpah lah moi nasi tu, hahahahaha.. Pandai Yusuf, dah besar boleh jaga adik dah.. “
” Amboi Wara, duduk mcm lady boss, smbil tgk tv ada orang tlg suapkan makan, hahahaha.. Bagus Bella, ajar Yusuf jaga adik.. “
” Sama naik nganga mulut pun, hahahahahha perangai lawak ni cmfm ikut Bellaz ni, hahahahahaha.. Adoi sakit perut gelak tengok.. “
Selain Ean Yusuf dan Aisywara Nealofa, Bellaz mempunyai dua lagi anak iaitu Iris Alisha (anak sulung), Aidil Mikhail (anak kedua). Bellaz pernah memaklumkan kepada pengikut-pengikutnya yang Wara mempunyai tarikh lahir sama dengan abangnya, Yusuf.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti20 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

