Artis / Selebriti
” Sedihnya part dia renung dan lepas tu pandang duit tu.. ” – Komen Netizen
Bantu seorang warga Bangladesh di tepi jalan, perkongsian video Haris Ismail buat ramai tersentuh hati. Alahai sebaknya tengok video ni..
Meninjau ke akaun Instagram Haris Ismail, perkongsian sebuah video content yang dihasilkan oleh Haris untuk pengajaran bersama telah membuatkan ramai berasa tersentuh hati. Menerusi video tersebut, Haris telah membantu seorang warga Bangladesh yang dalam kesusahan.
Haris datang ke arah lelaki tersebut dan meminta lelaki tersebut memberikan kata-kata semangat kerana dirinya dalam kesusahan. Namun respon yang diberikan oleh lelaki Bangladesh tersebut cukup menyentuh hati kerana dia juga berada dalam kesusahan.
Mendengarkan kisah lelaki tersebut, Haris menghulurkan sejumlah wang RM50 untuk membantu lelaki tersebut. Lelaki tersebut menolak wang tersebut dan tidak mahu menerimanya. Setelah dipujuk oleh Haris, akhirnya dia mengambil juga wang tersebut.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan mudah apabila hidup sendirian di negara orang dan ditimpa kesusahan pula. Pasti sukar untuk menghadapinya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang merasa sebak melihat perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ape lah doa dia an…Dia tgh susah tiba2 ade org bantu.. Alone in another country… berbelas tahun kerja just for family big respect for them.. “
” Apa la doa yg dia minta, Allah kabul tu… Tau tau dpt duit. Termenung dia… Susah weh dok negara org an… Kesian pula tgk dia .. “
” Urmm..dia pinjam duit dgn kwn nk beli beras..aku plk nk diet smp beras kt dapur pn aku pandang sepi..mulai harini hari2 aku nk msk nasi.. “
” Terima kasih untuk sharing a very positive content. kesian pulak aku tengok dia termenung camtuu..dh la kt negara org.. “
” Sedeynya part dia renung n lepas tu pndg duit tu…kesiannya…merantau pn Masih sedih…. Ade lagi..orang yg susah,masing2 ada ujian hidup yg berbeza.. “
” Kita sakit hati sbb kerja byk..ada org susah hati sbb kerja kurang.. menitik airmata saya . Perkongsian yg bermakna.. “
” Mungkin sebelom itu dia ada berdoa pada Allah untuk bantu dia, maka Allah kabulkan doanya dengan memanggil Harris untuk menolong dan menjadi asbab untuk bantu dia. Waallahualam, syukur Alhamdulillah.. “
Ramai yang memuji content video yang dikongsikan oleh Haris ini. Walaupun hidup di bandar tetap ada juga manusia yang dilanda kesusahan. Pastinya pertolongan yang diberikan oleh Haris ini akan sentiasa diingati oleh lelaki tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris ismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti22 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

