Artis / Selebriti
” Sedihnya, mesti Nana rasa terkilan. Nangis weh dengar.. ” – Netizen

Video Siti Nordiana Kongsi Cerita Kisah Sedih Hidupnya Dalam Satu Temubual Bersama Dina Nadzir Dan Falyq Buat Ramai Sebak. Part Sebelum Arwah Bekas Suami Nana, Faizal Yusup Men1nggal Dan Pesanan Pada Rayyan Tu Touching Sangat !!
Siti Nordiana bukan nama asing dalam dunia seni hiburan tanah air. Mesra dengan sapaan Nana, penglibatan Nana dan bidang nyanyian bermula sejak masih bersekolah lagi. Nana pernah mendirikan rumahtangga bersama arwah Faizal Yusup namun jodoh mereka tidak panjang dan sehingga kini Nana masih lagi berstatus ibu tunggal.
Meninjau akaun TikTok Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Nana bersama Dina Nadzir dan Falyq dalam Borak Selebriti Sinar. Banyak yang dibualkan antara mereka dan salah satunya pertanyaan adalah tentang hubungan Nana bersama Arwah Achik Spin.
Nana memberitahu mereka sudah lama kenal dan Achik orang yang selalu ada setiap kali Nana membuat persembahan. Nana juga mengakui pernah menjalin cinta bersama Achik dan hubungan itu bertahun-tahun juga bertahan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Selain itu, Nana juga bercerita kisah bekas arwah suaminya, Faizal Yusup. Peristiwa malam sebelum Faizal men1nggal dunia dan pesanan arwah kepada anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie meruntun jiwa pendengar. Hebat betul dugaan hidup Nana, hilang orang-orang yang disayangi dalam masa yang singkat.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@sinar_my Arwah Achik memang suka tengok Nana menyanyi dari zaman sekolah lagi 😍🥺 #BorakSelebriti #AchikSpin #sitinordiana #xyzbca #fypシ #trending
@sinar_my Selepas pemergian arwah Achik, bekas suami Nana yang juga pelakon Faizal Yusof pula pergi meninggalkan. Sebak bila arwah banyak kali bergurau dengan anaknya Rayyan “abah mati ek, abah mati ek” #BorakSelebriti #SINARKongsi #sitinordiana #xyzbca #fypシ #trending
@sinar_my Replying to @Mang Seri Jelita Nana mengaku dan dedahkan Nana dan arwah Achik memang pernah bercinta. Tapi jodoh tak panjang 😊 #BorakSelebriti #SINARKongsi #xyzbca #fypシ #trending
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ramai yang tersentuh hati mendengar kisah Nana ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kesian nana ni. Dia hilang suami and dia hilang kwn baik dia.. Dua2 dah pergi selama2 nya. Al-fatihah to arwah acik dan arwah faizal yusof.. ”
” Yang dh baca novel hasil tulisan nana n achik mesti dh tau semua psl dorang masa dlu².. mehh kumpul sini.. ”
” Baca buku life goes on siti nordiana.. segala galanya ada tertulis kisah jatuh bgn pengenalan dan perpisahan dgn arw4h achik dan arw4h faizal.. ”
” Nana ni kuat betul, tabah.. kalau baca buku dia ‘life goes on’ mmg sed1h. Nangis weh tadi dengar kat radio.. ”
” Mesti nana rasa terkilan tak bagi arw4h Faizal ambik rayyan kan time tu.. mungkin ada hikmah kenapa Allah bagi nana anak lelaki kann.. sebab nak sruh rayyan jaga mama dia.. ”
” Dulu baca je buku life goes on, sekarang dengar betul-betul bercerita terus rasa sebak.. weh sed1h, kuatnya seorang yang bernama siti nordiana.. ”
” Sed1h yer.. nana strong sgt.. ini semua jodohkan, diorg pernah bercinta, spi kluar buku kisah diorg “pelangi cinta”. tp takdir ALLAH achik jumpa isteri yg sgt cantik dan setia.. ”
Setiap orang ada kisah tersendiri baik pahit atau pun manis. Semuanya menjadikan Nana seorang wanita dan ibu yang kuat untuk membesarkan anaknya. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah Achik dan arwah Yusuf. Teruskan perjuangan Nana untuk kehidupan yang lebih membahagiakan bersama hero tersayang okey.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah