Artis / Selebriti
” Sedihnya ayat yang last tu. Jauh Nabila fikirkan demi kebahagiaan Jebat.. ” – Netizen
Luahan Noornabila Mengenai Isu Perebutan Anak Dan Siapa Amelia Christie Kepadanya Buat Warganet Kagum. Bagusnya Mommy Jebat Jayden Ni. Ayat Nabila Tu Nampak Tulusnya Hati Seorang Ibu. Semoga Allah Makbulkan Doa Nabila !!
Dalam kehangatan isu hak penjagaan anak-anak apabila ibu bapa bercerai, Sharnaaz Ahmad dan Noornabila menjadi salah satu contoh pasangan terbaik dan diakui oleh ramai wargamaya. Toleransi antara Nabila dan Sharnaaz demi kebahagiaan Jebat Jayden membuatkan ramai yang kagum dan terharu.
Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan sedutan laporan temubual pihak wartawan bersama Nabila. Kata Nabila, sebagai seorang wanita dan ibu, perlu memainkan peranan yang lebih besar dan menjadikan pengorbanan dan kemaafan sebagai prinsip nombor satu.
Akui Nabila, dia juga pernah melalui kepayahan untuk memahami pada awal perceraian, namun kini baik dia dan Sharnaaz telah pun membuang ego mereka demi Jebat. Kemesraan Nabila bersama Sharnaaz disenangi ramai. Tidak itu sahaja, Nabila juga mendapat pujian kerana akrab dengan kekasih Sharnaaz, Amelia Christie.

Kebaikan Amelia membuatkan Nabila tertawan dan menyayanginya seperti seorang adik. Tambahan pula, Amelia baik dan sayangkan Jebat. Dek kerana sifat penyayang Amelia terhadap Jebat, Nabila merasakan dia boleh berlapang dada kerana sekiranya apa-apa terjadi terhadapnya, Jebat ada mak yang boleh menyayangi Jebat.
Jom tonton video di bawah :
Antara perkongsian yang memaparkan sayangnya Amelia terhadap Jebat :
@amelialim__ ily ❤️
@berryfull_officialhq2 Girlfriend jebat ni bos😍 #fyp #ameliachristie #jebatjayden #sharnaazahmad #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #MakanLokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Saya suka la sikap positif yg ada pd Nabila ni… boleh djadikn contoh ni, always positif, no negatif.. ”
” Fikiran yang matang dan panjang Nabila ni.. Baguslah mcm ni. Berbaik demi anak dan kemaslahatan bersama. Aman damai je.. ”
” Fikiran yg terbaik dtg dr seorg ibu yg selalu nk membahagiakan anaknya. muka jebat ngn amelia pun macam adik beradik dah.. ”
” Kenapa mata saya berair ,baca caption nih. Semoga semua nya diberikan kesehatan aamiin.. Allah aturkan yang terbaik untuk nabila, sharnaaz dan jebat.. ”
” Hebat kak Nabila, love sangat cara dia berfikir. Bagus nabila ni, bukan hanya sebagai ibu, tapi sebagai mantan isteri dan sahabat.. Alhamdulillah.. ”
” Dua org nie memg salute letak tepi masalah peribadi dua dua. ksihatan mental anak diutamakan.. this is maturity good job mamu dan nabila.. ”
” Sedihnya ayat yang last tu. Jauh Nabila fikirkan demi kebahagiaan Jebat.. salute dengan Nabila ni. humble dan berfikiran terbuka, tak semua wanita boleh macam ni.. ”

Seorang ibu dan ayah akan melakukan yang terbaik untuk anak. Layak Nabila menerima pujian kerana pemikiran yang matang sebegini. Semoga harapan Nabila agar Jebat disayangi selalu dimakbulkan Allah dan kehidupannya bersama Jebat gembira selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Harian, IG Noornabila, IG Sharnaaz Ahmad, Portal Bh Online, Tiktok Amelialim, Tiktok Berryful
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

