Artis / Selebriti
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
Diajukan soalan mencari jodoh, respon Erma Fatima buat ramai tersentuh. Respect dengan jawapan Erma tentang bekas suaminya, Bade Hj Azmi..
Sudah lama hidup sendiri tanpa ada teman hidup yang bernama suami, Erma Fatima bahagia dengan kehidupannya itu. Baru-baru ini, adik kepada Erma, Datin Umie Aida ada berkongsikan posting ingin mencari teman hidup untuk Erma dan niatnya agar ada seseorang yang boleh menjaga kesihatan Erma.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok xtra_my, telah dikongsikan satu video temuramah antara Erma dan pihak wartawan hiburan. Erma ditanyakan mengenai niat Umie itu dan jawapannya mengagumkan ramai. Kata Erma, sepanjang berada di New Zealand, Umie asyik bercakap tentang jodoh sepanjang masa.
Tegas Erma, dalam fikirannya dia tidak langsung terfikir untuk mencari pasangan. Bukan tidak ada lelaki yang mendekati tetapi mereka hanya lah sekadar kawan dan tidak sebagai suami. Erma turut menyentuh mengenai bekas suaminya, Bade Hj Azmi.

Luahan Erma tentang Bade membuatkan warganet tersentuh dan respect terhadap Erma. Tiada langsung kata-kata buruk yang Erma lemparkan terhadap bekas suaminya itu. Erma juga memberitahu hatinya sudah tertutup dan sehingga kini belum terbuka.
Jom tonton video di bawah :
@xtra_my Tak fikir soal jodoh, pintu hati Erma Fatima tertutup untuk mana-mana lelaki buat masa ini… Ala, Umie Aida saja mengusik Erma tu… Hehe.. #xtramy #xtratonton
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik nye kak erma fatimah tak burukkn suami, walaupun dah ex still puji suami lagi.. erma ni orang yang setia pada yang satu.. mungkin single yang terbaik untuk Erma.. “
” Suka betul dengan pemikiran kak Erma ni.. sendu pilu sangat dgr pengakuan jujur kak erma tentang ex husband, kita yg sebak.. “
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar camtu ye.. sgt kagum dgn kak erma .. pandangan dia pd bade selamanya dalam hati.. “
” Betul tu erma, yang pertama tetap no one.. erma sangat unik.. semoga kak Erma bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman insyaallah.. “
” Suka dengan kak Erma, berpendirian teguh.. better single, mudah dan tenang. true love…. xpe la Erma…. jika single itu lebih menyenangkan,carry on… semoga sihat walafiat disepanjang hayat.. “
” Sifat Bade itu yang Erma begitu sayang padanya tapi sayang jodoh tak panjang.. baik erma ni.. walaupun dah ex, dia tetap positif dan puji.. “
” Love this woman. Taklemah dan mampu hidup tanpa lelaki di sisi.. baik Erma kan.. walaupun bercerai takde pun cerita hal2 yg tak elok.. lama dia dengan Badar … dah sampai situ sahaja jodoh dia berdua.. bagus.. tetap kenang kebaikan bekas suami.. “
Hati Erma masih tertutup rapat buat masa ini dan mungkin jika sampai waktunya nanti, Allah akan menjentik hati Erma untuk mencari pasangan hidup. Apa-apa pun, salute pada Erma kerana pendirian teguhnya itu dan semoga Erma terus bahagia bersama anak-anak dan jalan kehidupan yang dipilihnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok xtra, Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen

