Artis / Selebriti
” Sedih tengok reaksi muka Rayyan bila cakap macam tu, muka dia nampak sedih.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Rita Rudaini, Rayyan dan Arjuna menjawab pertanyaan warganet yang menyuruh Rita berkahwin lagi menyentuh hati ramai. Serius betul jawapan yang Rayyan bagi tu. Part respon Rita dan masa Rita dan anak-anak berpelukan tu sebak sangat..
Jarang untuk warganet melihat Rita Rudaini live bersama anak-anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna. Beberapa hari yang lalu, Rita telah pun bersiaran menjual produk terbarunya dan ianya turut dibantu oleh Rayyan dan Arjuna. Riuh rendah anak dan ibu ini melayani permintaan viewers.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ritarudaini FC, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan satu kejadian menyentuh hati terjadi antara Rita, Rayyan dan Arjuna. Ada salah seorang viewer yang mengikuti live ini mengajukan pertanyaan adakah Rayyan dan Arjuna mengizinkan jika mummy mereka kahwin lagi.
Spontan dan tegas jawapan yang diberikan oleh Rayyan selaku anak sulung. Kata Rayyan, tidak perlu mummynya berkahwin dan ada suami lagi kerana mummy sudah cukup untuk mereka berdua. Itu lah sebab yang warganet perlu tahu. Lebih menyentuh hati, apabila melihat Rita memeluk Rayyan dan Arjuna dan mengatakan mummy tidak akan kahwin lagi.
Sememangnya yang mengikuti Rita pasti mengetahui yang ibu tunggal ini sangat utuh dengan pendiriannya. Sudah berkali-kali Rita tegaskan yang dia tidak akan berkahwin dan hidupnya hanya untuk anak-anak. Kali ini, warganet dapat mendengar sendiri daripada mulut anak-anak Rita pula. Mereka sudah cukup sempurna bertiga dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ritarudainifc YTJT kesah perjalanan mereka 😭😭 mommy sedang kutip hasil kesabaran itu 🤲💞 #ritarudaini #ritarudainifc #airits #ibuikon #ritarudainidulukiniselamanya #ritarudainiibuikon
♬ original sound – RitaRudainiFC OFFICIAL – RitaRudainiFC OFFICIAL
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Ni baru ikon ibu tunggal.. betul2 fokus pd ank2.. salute to u Rita Rudaini.. Aku nk nangis diorang 3 beranak berpeluk .. Moga abg & adik ratukan mummy sampai ke tua.. “
” Jujur, rita telah berjaya membesarkn anak2 dia sebaik2 manusia cukup secukup2nya walau tanpa sosok lelaki .. mana mgkn ank2 dia xmenyayangi ibu sehebat rita wei aq yg tgok pun salute.. “
” Sebak.. pilihan terbaik tak perlu pun kawen.. cukup berkongsi kasih dengan anak2, jangan bawa masuk org lain dlm kehidupan kamu yg sudah cukup bahagia.. “
” Meramu ayaq mata aku bila mami kata mami x akn kawen sbb dh ada depa 2… pas tu abg adik pluk mami aku pon.. “
” Sebak juga rasa.. pengorbanan seorng ibu pada anak2nya… Rayyan/Juna… jaga laa mak elok2… akan dtg ade rezeki… bahagiakan mak.. “
” Buat apa kawen lagi kalau dah diratukan oleh anak. sedih tengok reaksi muka rayyan bila cakap macam tu, muka dia nampak sedih.. dia saksi semua tu, adik time tu baby lagi kan , bertiga pon okayy je saling melengkapi.. “
” Sedihnya tengok time dorang berpelukan tu. rita lah ibu, rita jugalah bapa untuk anak-anak. Rayyan yang tengok payah getirnya mummy nk besarkan dorang. dia lebih terkesan dengan derita mummy.. “
Hati siapa sahaja yang tidak sayu melihat Rita dan anak-anaknya ini berpelukan sebegitu. Rayyan benar-benar maksudkan apa yang disebutkannya itu. Dia lah saksi mata segala penderitaan Rita dan wajah untuk si sulung itu tidak mahukan Rita berkahwin lagi. Semoga Rayyan dan Arjuna sentiasa menjaga mummy mereka ini sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rita Rudaini FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen