Viral
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
Video ibu dan bapa pelajar kolej yang meninggal dunia ketika tidur, arwah Iman Balqis masuk ke bilik asrama untuk mengambil barang arwah anak buat ramai menangis. Sedihnya tengok ibu Iman menangis di katil tempat Iman pergi..
Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai seorang pelajar Kolej Profesional Mara Bandar Penawar Johor, Iman Balqis binti Che Lokman yang meninggal dunia ketika tidur. Arwah Iman pergi menemui Pencipta-Nya pada pagi Jumaat baru-baru ini.
Bukan mudah untuk kedua ibu bapa arwah Iman untuk menerima takdir Allah ini, apatah lagi Iman pergi secara tiba-tiba dan tiada sebarang penyakit. Untuk info, Iman juga merupakan anak tunggal kepada Puan Naeamah dan Encik Che Lokman.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Rizal Hakim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puan Naeamah dan Encik Che Lokman masuk ke bilik asrama Iman untuk mengambil semua barangan Iman. Lemah longlai langkah Puan Naeamah ketika melihat katil tempat anaknya tidur.

Sambil memeluk bantal yang Iman gunakan, Puan Naeamah menangis melihat tempat terakhir anaknya tidur ketika nyawanya dicabut. Suasana yang cukup menyentuh hati lebih-lebih lagi untuk seorang ibu. 20 tahun Allah pinjamkan anugerah terindah dan kini Iman tiada lagi di dunia ini.
Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Maafkan saya, saya pun menangis tengok. Allahuakbar, saya tengok pun tk kuat, takut nk hadap, kuat semangat puan, setiap ujian Allah tu ada hikmah nya, saya tk mampu nk suruh puan bersabar cuma mampu berdoa dari jauh.. “
” Sabar ya adik Naeamah Balqis… walau kenal dimuka buku FB… tapi hati seorang ibu dapat merasai kesedihan yang dialami Oleh adik… moga adik kuat dan tabah Redho Insyaallah Puterimu menunggu dipintu syurga.. “
” Doakan smoga kak mah dan suamianya kuat ya. Iman anak tunggal.. Sedih sayu hati ni hancurnya hati seorang ibu apabila anak yang pergi dulu.. “
” AllahuAkbar air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu. Berpisah sbb kematian, sakit weh.. sumpah sakit.. “
” Allahu..sy menangis tgk video ni.. semoga di beri ketabahan & . kekuatan buat puan & suami.. aamin.. “
” Allahuakbar, saya tengok pun tk kuat, takut nk hadap, kuat semangat kak setiap ujian Allah tu ada hikmah nya, saya tk mampu nk suruh akk bersabar cuma mampu berdoa dari jauh…. allahuakbar . sambil tengok vedio menangis terisak2 sedih nya kak.. “
” Allah…. sedih dan pilu sangat-sangat. Terus kuat dan tabah, ya Naeamah Balqis. Moga Arwah adik Iman ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan beramal soleh. Aamiin.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kesedihan ini. Kehilangan satu-satunya anak yang ada pastinya tamparan besar untuk puan Naeamah dan suami. Semoga arwah Iman ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan tenang di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizalhakim, FB Naeamah Balqis
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti4 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lunara ni kalau nak attention, dia akan buat-buat batuk. Dia pandai berlakon.. ” – Intan Najuwa


