Artis / Selebriti
” Sedih bila semuanya peluk. Auto teringat arwah Sarah sebab Uwais macam arwah.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu dan keluarga membuat kejutan sempena hari lahir anak sulungnya, Uwais Al Qarni buat ramai tersentuh. Rupa-rupanya, nama Uwais ini adalah pilihan arwah Siti Sarah..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak, Shuib Sepahtu, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Shuib membuat kejutan sempena hari lahir anak sulungnya, Uwais Al Qarni. Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai sejak ia dimuat naik.
Menerusi video tersebut, kelihatan dua adik Uwais iaitu Thalita dan Matin turut serta membuat kejutan istimewa itu bersama daddy mereka. Gelagat mereka bertiga menambahkan lagi suasana penuh kasih sayang dalam keluarga kecil tersebut. Video ini dirakam oleh Watie Hanifiah.
Shuib turut membawa sebiji kek dan naik ke tingkat atas rumahnya. Pada ketika itu Uwais sedang bermain piano. Shuib dan anak-anaknya kelihatan teruja untuk meraikan detik bermakna tersebut. Sebaik sahaja Uwais menyedari kehadiran daddy, mummy dan adik-adiknya, jelas terpancar wajah gembira dan pemalu pada dirinya.

Perkongsian video tersebut telah mencuri perhatian warganet. Ramai yang tersentuh dan sebak melihat Uwais kerana wajahnya dikatakan saling tidak tumpah seperti arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Di ruangan kapsyen, Shuib turut berkongsi bahawa nama Uwais Al Qarni itu sebenarnya diberikan oleh arwah Siti Sarah sendiri untuk anak sulung mereka. Momen sambutan hari lahir ini menjadi lebih bermakna dan menyentuh hati.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama turut menitipkan kata-kata ucapan selamat hari lahir kepada Uwais. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy birthday uwais. Dengan semua org dia bagi tau. 4/12 birthday dia.. Moga terus jadi anak yang soleh ya.. “
” Hb Uwais… Sebak tgk ..Watie sgt baik jd ibu.. Pasti sarah tenang di sana.. Moga korang sekeluarga nanti akan bertemu kembali di syurga.. “
” Happy Birthday Uwais Al Qarni. Pastinya Uwais akan menjd seorg yg hebat sehebat nama yg diberi, penyejuk mata hati Arwah Ibu, Daddy dan Mommy, sentiasa di dlm rahmat, lindungan dan kasih syg Allah.. “
” Da besar anak2 ni, time shuib peluk uwais teringat masa hari arwah meninggal masa shuib nak bagitahu anak2. Masa tu kecik lagi anak2 ni. Happy birthday wais.. “
” Ala manjanya Uwais. Such a good and well behaved boy.. Semoga membesar menjadi Muslim yg soleh dan yg membanggakan ibu bapa.. “
” Happiest Birthday Uwais! Semoga terus menjadi anak yg membanggakan keluarga dan seorang abang yang sentiasa menunjukkan good example ke adik-adik yang lain.. “
” Sedih bila semuanya peluk. Auto teringat arwah Sarah sebab Uwais macam arwah. Selamat hari lahir Uwais.. “
Apa-apa pun, momen kejutan kecil seperti ini pastinya menjadi kenangan bermakna buat Uwais. Semoga Uwais terus membesar sebagai anak yang baik, beradab dan berjaya dunia serta akhirat. Didoakan juga agar keluarga Shuib sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan kekuatan, serta terus istiqamah menjalani kehidupan penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi

