Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen
Bakal keluar dengan single sendiri berjudul Hati Yang Dikecewakan, video anak perempuan Ina Naim, Phyrosh Elfadwah sedang menyanyi curi perhatian ramai. Fuh sedap betul suara Yosh ni. Suara yang menusuk ke hati..
Kehidupan Ina Naim bersama anak-anaknya, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony semakin baik dan dimurahkan rezeki. Selepas Hadie dikenali di pentas Talk To My Manager kerana suaranya yang merdu, kini giliran adik perempuan Hadie, Phyrosh Elfadwah pula mewarnai dunia hiburan.
Anak-anak Ina dan arwah Suhaimi Saad ini sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian. Semuanya mempunyai suara yang merdu dan sedap didengar. Yosh seringkali juga tampil bersiaran langsung bersama Hadie dan menyanyi bersama abangnya itu secara live.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jaja Ishak dan Hadieeditz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Phyrosh sedang merakamkan single terbarunya. Single ini diterbitkan oleh penerbit popular, Jaja Ishak dan diberi judul Hati Yang Dikecewa.

Mendengar rakaman suara Phyrosh ini membuatkan warganet teruja kerana suara Phyrosh yang mendayu-dayu dan menusuk ke hati. Hadie juga ada mempromosikan lagu single adiknya ini ketika live terbarunya semalam dan Phyrosh menyanyikan sedikit lagu itu. Suara Phyrosh tanpa muzik pun memang lunak dan merdu.
Jom tonton video di bawah :
@jajaishak Apabila menulis dari hati yang tulus, sepenuh jiwa akan rasa ❤️🥹 produce > #jajaishakchannel by #jicgroup 🌴
@_hadieeditz Tahniah Yosh Bakal Keluar Single Terbaru Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Yosh,Hadie Dan Family🤲🏻🤍 Stay Tuned Korang Single Terbaru Lagu : Hati Yang Dikecewa By : Phyrosh @ADI? @⏤͟͟͞͞𝙮𝙤𝙨𝙝 @INA SUHAIMI @Daddy 🍉 MKR 🍉 #phyrosh #hadieelfardie #inasuhaimi #singleterbaru #fyppppppppppppppppppppppp
@herman.shah69 Hati Yang Dikecewa.. Siapa suara sebenar lagu ini? Nantikan…. #hatiyangdikecewa#takdircintaterlarang #ost#editorlelakiupahan
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedap dan merdunya suara Yosh dan lagu pun best.. merinding dengar lunak dan gemersiknya tu.. good luck Yosh.. tak sabar tunggu lagu single Yosh ni release..
” Sedapnya suara anak dara Ina ni, deep sangat.. sedapnya suara yosh, terasa kat hati kesedihan tue. smoga lagu ni melekat dihati setiap penonton yg dgr.. “
” Baru dengar sikit dah nangis, camne ni.. Kalau jadi OST ni confirm boleh hype.. ada vibe lagu old yg dah lama hilang dlm pasaran malaysia.. sefamili mmg suara soothing ye mereka.. “
” Sedap giler ada penghayatan dan feeling.. lagu ni kena dgn suara yosh..semoga lagu ni meletop.. tak sabar nak dengar full.. semoga di permudahkan segala2 nya.. “
” Suara dia ada sikit² sora amira othman.. lunak merdu, dengar dia tarik ” walauu jiwaa penuh penyesalan “, fuh meremang.. Anugerah betul suara anak2 arwah suhaimi sedap2..anak pmpuannya suara pon sedap.. “
” MasyaAllah suara yosh range besar n jelas.. lemak merdu.. suara macam Amira Othman. tak yah mic pun suara dah semerdu tu.. suara Yosh ada auranya.. “
” Sekali dengar pun dah sedap. berulang-ulang kali ulang sedap merdu sangat.. matangnye yosh dri usia, sedap suara, cntik pulak tu.. semoga di permudahkan urusan yosh,Hadie dan family.. “
Lagu ini bakal dilancarkan pada penghujung bulan Disember akan datang. Baru mendengar teaser sebegini pun sudah mampu membuatkan pendengar sayu, tidak mustahil lagu Phyrosh ini akan menjadi siulan ramai. Selamat berjaya Phyrosh dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jaja Ishak, Tiktok Hadieeditz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

